Buletin

BMW X7 DARK SHADOW EDITION MASUK PASARAN AUSTRALIA. 10 UNIT SAHAJA, HARGA BERMULA RM570K

Model BMW X7 Dark Shadow Edition mula memasuki pasaran Australia dengan ditawarkan 10 unit sahaja kepada penggemar automtif negara tersebut.

Jentera edisi terhad memiliki rupa paras garang ini ditawarkan dengan dua varian dan dijual sebanyak 500 unit di pasaran global.

BMW X7 Dark Shadow Edition dijual pada harga AS$140,253 (RM570,689) bagi versi xDrive30d manakala M50i pula AS$215,900 (RM878,497).

Didatangkan warna kelabu metallic (Frozen Arctic Grey), ia menawarkan ciri-ciri seperti High-Gloss Shadow Line, rim aloi ringan 22 inci berwarna hitam matte (Jet Black), kaliper brek dan cermin peribadi belakang.

Bahagian kabin pula hadir dengan kulit upholstery Merina dua tona warna serta kemasan berwarna biru dan hitam.

Selain itu, sentuhan eksklusif Edition Dark Shadow terletak kemas di bahagian tengah konsol. Ia turut didatangkan inlay aluminium, tombol pemilihan gearshift kristal, iDrive dan butang start/stop.

Kedua-dua versi X7 edisi terhad ini dilengkapi kawalan iklim pelbagai zon standard, tempat duduk boleh laras, stereng dibaluti kulit, sistem infotainmen, kluster instrumen digital, soket USB, audio berprestasi tinggi dan lampu ambien. – agensi

GALERI

Google ads
Back to top button