Buletin

KIA MOTORS PERKENAL SOUL EV

Baru-baru ini, Kia Soul EV membuat debut pada acara Geneva International Motor Show 2014.  Kia-Soul-EV-Mekanika (2) Menampilkan reka bentuk ikonik Soul generasi kedua, Soul EV akan menjadi kenderaan eletrik pertama Kia yang dijual di seluruh dunia apabila produksinya dimulakan pada pertengahan tahun ini. Kia-Soul-EV-Mekanika (3) “Soul EV bukan sahaja bergaya, malah membawakan kualiti terbaik kepada para pelanggan. Sebaik sahaja dijual di seluruh Eropah pada akhir tahun ini, Soul EV didatangkan bersama jaminan selama tujuh tahun dan perbatuan sejauh 160,000km. Satu-satunya kenderaan elektrik yang menawarkan jaminan sebegitu,” kata Ketua Pegawai Operasi Kia Motors Europe, Michael Cole. Kia-Soul-EV-Mekanika (7) Bagi membezakannya dengan versi petrol, Soul EV mempunyai dua skim tona warna, rekaan rim aloi bersaiz 16 inci yang unik, lampu belakang LED dan lencana ‘eco electric’ pada bahagian bawah tiang A. Kereta elektrik itu juga mempunyai gril hadapan lebih besar dan ruang untuk mengecas. Kia-Soul-EV-Mekanika (11) Pada bahagian kabin pula, Soul EV menggunakan materual lebih berkualiti dan memiliki reka bentuk yang fokus kepada pemandu. Ia menjadi model pertama Kia yang dilengkapi kluster instrumen  LED organik (OLED). Selain sistem audio visual navigasi (AVN), model itu ditambah dengan fungsi carian stesen mengecas dan sistem navigasi yang memaparkan pemanduan total kereta. Kia-Soul-EV-Mekanika (1)  Soul EV digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 81.4kW yang mampu menghasilkan tork sehingga 285Nm. Kuasa itu diperoleh daripada bateri lithium-ion polymer berkapasiti 27kWh diletakkan pada bahagian bawah kabin. Kia-Soul-EV-Mekanika (9) Motor tersebut mengalihkan kuasa ke roda hadapan menerusi satu set gear tunggal yang membolehkan kereta itu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh 12 saat. Dengan pecutan maksimum mencecah 145km/j, para jurutera Kia mensasarkan Soul  EV dapat bergerak sejauh 200km untuk sekali cas. Kia-Soul-EV-Mekanika (10) Di samping rangkaian kuasa tersebut, Kia juga mengetengahkan teknologi pemanas, ventilasi dan pendingin hawa baharu untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Kia-Soul-EV-Mekanika (8) Bagi meningkat kualiti pengendalian, Soul EV memiliki kerangka tubuh lebih tegar dan titik graviti yang rendah.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button