Buletin

CABARAN FUELWATCH VOLVO TRUCKS

Volvo Trucks baru-baru ini melancarkan Volvo Fuelwatch Challenge dan Driver Development Programme. Volvo-Trucks-Mekanika (1) Misinya adalah untuk menghasilkan para pemandu trak yang berkualiti menerusi cara memperkasakan mereka dengan lebih banyak pengetahuan. Selain menanam kesedaran dan penghargaan yang lebih mendalam mengenai sumbangan mereka kepada ekonomi. “Di Volvo, perkhidmatan trak kami bukan sekadar jualan dan kerja-kerja penyelenggaraan sahaja. Kami amat komited dalam membantu membina nilai keseluruhan kepada para pemandu trak di Malaysia. Volvo-Trucks-Mekanika (3) “Jadi pada tahun ini, kami membawakan acara tahunan Fuelwatch Challenge ke tahap lebih tinggi dengan melancarkan Driver Development Programme Volvo secara rasmi. Driver Development Programme (DDP) buat masa sekarang ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan yang mengambil bahagian,” kata Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson. Pengarah Produk Jualan Kenderaan dan Pemasaran, Volvo Asia Oceania Sales, Ian Sinclair yang turut hadir pada majlis pelancaran itu menjelaskan bahawa Driver Development Programme ialah program dua modul yang melengkapkan para pemandu dan pemilik trak dengan kemahiran-kemahiran spesifik untuk mencapai fungsi lebih tinggi serta penjimatan bahan api apabila mengendalikan trak masing-masing. Volvo-Trucks-Mekanika (6) Sudah berada dalam tahun kelima penganjurannya, Fuelwatch Challenge ialah satu pertandingan yang cuba untuk melatih para pemandu mengenai penjimatan bahan api dan kemahiran pemanduan yang betul. Ia dilaksanakan menerusi format pertandingan yang informatif dan menyeronokkan. Volvo bakal membawakan pusingan awal cabaran Fuelwatch ke seluruh Malaysia seperti Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan, Prai, Kuching dan Bintulu dalam tempoh dua bulan akan datang sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencari pemandu trak paling menjimatkan bahan api di Malaysia. Volvo-Trucks-Mekanika (5) Para pemenang daripada pusingan awal ini akan bertemu di peringkat separuh akhir di Shah Alam pada 6 Jun depan. Juara akan mewakili Malaysia pada acara Fuelwatch APAC dan Peringkat Akhir Dunia yang dijangka berlangsung di di tempat kelahiran Volvo di Gothenburg, Sweden pada September 2014.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button