Motosikal

YAMAHA FZ150i

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HYLM) semalam memperkenalkan model motosikal terbaharunya ke pasaran Malaysia iaitu FZ150i.

Yamaha-FZ150i-Mekanika (15)

Model Street Naked itu dikatakan dibina berdasarkan kepada gayaan motosikal naked dengan sesaran enjin lebih besar. Konsep rekaan naked yang moden, posisi tunggangan sporty, ciri-ciri inovatif serta penggunaan bahan api menjimatkan melengkapkan pakej sebuah FZ150i.

Pengarah Urusan HLYM, C. H. Ng memberitahu pihaknya meletakkan sasaran untuk menjual 800 unit Yamaha FZ150i sebulan. Untuk rekod, HLYM telah berjaya menjual model FZ150i terdahulu sebanyak 28,000 unit sejak mula ditawarkan pada tahun 2008.

Yamaha-FZ150i-Mekanika (21)

“Seperti model sebelumnya, FZ150i akan mengukuh dan meningkatkan penguasaan pasaran kami dalam industri motosikal tempatan. FZ150i memberi pilihan kepada mereka yang mahukan motosikal inovatif, bergaya dan premium,” jelas Ng.

Yamaha-FZ150i-Mekanika (3)

FZ150i dikuasakan oleh unit enjin empat lejang, empat injap SOHC bersesaran 150cc dengan sistem pemnyejukan cecair dan pancitan bahan api. Enjin itu membolehkan motosikal ini menepati piawaian UN-ECE.

Yamaha-FZ150i-Mekanika (1)

Bertemakan inovasi dan gaya, FZ150i memiliki pelbagai ciri baharu serta telah ditambah baik. Antaranya ialah lampu utama dan isyarat membelok yang telah direka semula, meter digital, sistem kunci lebih selamat, rekaan tangki sporty dan lampu belakang nipis.

Tidak ketinggalan, brek cakera untuk roda belakang, tayar tanpa tiub lebih lebar serta rekaan fender dalam dan kauling bawah yang sporty.

Yamaha-FZ150i-Mekanika (12)

Tampil dengan rekaan grafik moden serta pilihan warna merah, hitam dan putih, FZ150i ditawarkan pada harga RM8,538 seunit (di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat).

Yamaha-FZ150i-Mekanika (9)

Dalam perkembangan berlainan, NG mengsahkan bahawa HLYM akan memperkenalkan model naked berkuasa tinggi Yamaha MT09 pada pertengahan tahun ini. Bakal ditawarkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) terlebih dahulu, MT09 akan menjalani program pemasangan tempatan (CKD) menjelang hujung tahun ini.

[hr]GALERI

Yamaha-FZ150i-Mekanika (5)Yamaha-FZ150i-Mekanika (6)Yamaha-FZ150i-Mekanika (7)Yamaha-FZ150i-Mekanika (10)Yamaha-FZ150i-Mekanika (17)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button