Buletin

3 PEMENANG PANDU PULANG VIOS J (AT)

Bagi menghargai para pelanggannya, UMW Toyota Motor telah menganjurkan peraduan ‘Toyota Buy & Win’.

Toyota-WOW-Road-Tour-mekanika  (2)

Peraduan itu terbuka kepada pelanggan yang menempah kenderaan Toyota pada Siri Jelajah WOW yang berlangsung di beberapa lokasi di seluruh negara sejak Mei hingga Jun 2015.

Siri jelajah itu juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuklah drift taxi ride dengan Toyota 86, Vios dan Hilux serta sesi pandu uji.

Toyota-WOW-Road-Tour-winner-mekanika (3)

Cabutan untuk pemenang peraduan ‘Toyota Buy & Win’ telah diadakan pada 6 Ogos lalu dan tiga orang peserta bertuah memandu pulang sebuah Toyota Vios J (AT) setiap seorang.

Leong Yeen Yin yang membeli sebuah Vios J (AT) di Pulau Pinang berkata, “Memenangi peraduan ini memang satu pengalaman yang sangat manis buat saya. Sebabnya, ini adalah kali pertama saua membeli sebuah model Toyota. Saya sangat gembira dan teruja. Masih tidak percaya saya telah menang sebuah kereta.”

“Saya sangat gembira kerana memenangi peraduan ini. Jadi, saya menggalakkan rakan sekerja supaya membeli kereta Toyota. Suami saya juga seorang peminat tegar Toyota dan tidak pernah bertukar kepada jenama lain,” kata Hei Lay Tin yang membeli sebuah Vios G di Johor Bahru.

Toyota-WOW-Road-Tour-winner-mekanika (1)

Ahli perniagaan, Lau Er Kheng yang membeli sebuah Toyota Camry Hybrid pada mulanya tidak percaya dengan kemenangannya sehinggalah berita itu disahkan oleh penasihat jualannya.

Apabila ditanya mengenai rancangannya, Lau memberitahu dia akan membenarkan ahli keluarganya untuk menggunakan Toyota Vios tersebut.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button