Buletin

RANGER PACU JUALAN BULAN OGOS FORD  

Ford hari ini mengumumkan jumlah jualan runcit untuk Ogos sebanyak 872 unit yang terus dipacu oleh permintaan berterusan terhadap model Ranger, Fiesta dan EcoSport.

Ford-Ranger-mekanika (1)

Trak pikap Ranger dilihat terus menjadi model terlaris Ford di Malaysia dengan jualan sebanyak 651 unit pada Ogos. Angka itu membantu peningkatan jualan tahun ini sehingga kini sebanyak 17 peratus kepada 6,171 unit.

Menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingan, Ranger dilengkapi pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Antaranya termasuklah sistem Electronic Stability Control (ESC) untuk semua varian serta cagak ISOFIX pada model Wildtrak, XLT dan XL Double Cab. Semua varian Ranger dilengkapi beg udara hadapan untuk pemandu dan penumpang. Manakala model Wildtrak ditambah dengan beg udara sisi dan curtain untuk meningkatkan lagi tahap perlindungannya.

Ford-EcoSport-mekanika

SUV urban kompak EcoSport mencatat jualan sebanyak 75 unit pada Ogos. Sekali gus membantu meningkatkan jualannya tahun ini sehingga kini kepada 724 unit.

EcoSport menggabungkan kelincahan sebuah kereta penumpang kompak dengan fleksibiliti, kemampuan mengharung air, penjimatan bahan api yang menggumkan dan pelbagai ciri pintar termasuklah sistem ketersambungan di dalam kereta, SYNC Ford.

Ford-Fiesta-EcoBoost-Mekanika (9)

Fiesta yang sporty pula menyumbang kepada prestasi jualan pada bulan Ogos dengan 108 unit. Ini membantu memacu jualan untuk tahun ini sehingga kini kepada 953 unit berikutan permintaan yang berterusan terhadap varian 1.5L Ti-VCT dan 1.0L EcoBoost.

Ford akan terus mengukuhkan tarikan bilik pamerannya di Malaysia sebelum hujung tahun ini dengan memperkenalkan Ranger dan Everest baharu, serta menambah model Mustang yang ikonik.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button