Motosikal

INILAH HASIL KERJASAMA MV AGUSTA DENGAN LEWIS HAMILTON – F4 LH44, HARGA RM249,500 SEUNIT!

MV Agusta akhirnya memperkenalkan F4 LH44, jentera yang dibina berasaskan kepada model F4 RC hasil kerjasama dengan pemandu F1, Lewis Hamilton.

F4 LH44 dibezakan dengan F4 RC menerusi warna mreah candy apple. Ia juga dipasang dengan beberapa elemen gentian karbon, tempat duduk dibalut kulit Alcantara, blok enjin berwarna hitam dan windscreen digelapkan.

Bukan sekadar penampilan, F4 LH44 menerima ubah suai dari segi prestasi. Antaranya ialah suspensi dan sistem ekzos titanium yang baru. Ekzos yang menjalar di bahagian bawah tempat duduk itu menggantikan ekzos empat paip sedia ada.

Kuasa F4 LH44 ditingkatkan sebanyak 7hp untuk menjadi 212hp. Dari segi harganya pula, supersport itu dijangka ditawarkan sekitar AS$58,944 (RM249,500) seunit. Mandi!

“Saya sangat teruja untuk meneruskan kerjasama dengan MV Agusta. Saya suka bekerja dengan Giovanni dan pasukan di MV Agusta.

“Kesungguhan mereka dalam bidang kejuruteraan dan ketelitian jelas dapat menghasilkan motosikal yang begitu mengagumkan.

“Saya sangat teruja untuk memperkenalkan motor baharu saya, F4 LH44. Ia memang memberi kepuasan apabila ditunggang di litar di Itali minggu lalu. Hanya 44 buah motosikal ini akan dibina. Saya harap pemilik yang bertuah akan menyukainya,” kata Hamilton.

GALERI

Google ads
Back to top button