Artikel Pilihan

4 PERSOALAN TEKNIKAL BATERI YANG DIJAWAB OLEH PAKAR BATERI MALAYSIA

Tulisan berikut ialah status yang dimuatnaik oleh Dr Aid Fawzal berkenaan dengan 4 persoalan teknikal berkenaan dengan kereta elektrik, secara spesifik berkenaan dengan bateri yang digunakan pada EV. Penulis mendapati status ini sarat dengan pengetahuan teknikal yang boleh dikongsi dengan pembaca Mekanika.

Berikut ialah statu Dr Aid:

Kita masih lagi dalam tajuk bateri untuk kereta elektrik (EV). Dalam tulisan saya sebelum ni, ada banyak soalan-soalan yang sengaja saya tak jawab. Sebaliknya saya ambil soalan-soalan ni dan ajukan kepada sahabat saya, seorang pakar bateri. Beliau orang Malaysia yang kini bekerja di UK, iaitu Dr Muin Maharun.

Beliau kini bekerja sebagai Jurutera Kanan Sel Bateri (Senior Cell Battery Engineer) disebuah syarikat pembuat peralatan premium yang pernah berhasrat untuk bangunkan EV sendiri suatu masa dahulu.

Di bawah ni gambar Dr Muin dengan latar-belakangkan kebuk iklim (climatic chamber) bagi ujian ketahanan bateri pada iklim2 yang berbeza ketika di Warwick Manufacturing Grop (WMG), UK.

Jom kita baca jawapan beliau…

Soalan 1: “Are EV cars are flood proof / resistance compared to ICE? (Adakah kereta elektrik kalis banjir berbanding kereta enjin pembakaran dalaman?)” (Rh)

[Dr Muin] = Setiap kenderaan yang ada di atas jalanraya samada ICE (internal combustion engine atau EV (electric vehicle) adalah TIDAK kalis banjir (flood proof). Kenderaan-kenderaan ini tidak direka untuk menyelami air melainkan kenderaan lasak 4×4. Saranan saya, sebolehnya lah jauhkan daripada cubaan memandu kenderaan EV dlm keadaan banjir. Lagipun secara logiknya elekrik dan air is NO! NO!

Soalan 2: “Bagaimana ketebatan haba bateri dengan keadaan iklim cuaca Malaysia? katakan lah kereta dibiarkan dikawasan lapang dan panas. adakah kesan cuaca boleh membebankan bateri? tak meletup ke dengan iklim cuaca seperti Malaysia?” (UthmanGhazi)

[Dr Muin] = Kenderaan EV telah di uji secara ‘rigorously’ (uji dengan ketat) di lokasi² yang cuacanya ekstrem samaada terlalu panas atau terlalu sejuk mengikut market penjualan yang ditetapkan. Akan tetapi reliability (kebolehpercayaan) suatu komponen itu khususnya bateri perlukan satu jangka-masa yang panjang untuk berlakunya kerosakan. Maksud saya, ada produk yang bagus ketika ujian oleh pengeluar kereta, tapi setelah market gunakan beberapa tahun (dalam cuaca ekstrem), ia mula tunjukkan masalah awal.

Dengan itu, suka untuk saya sarankan supaya sebolehnya elakkan letak/parkir kenderaan EV anda di kawasan lapang dan panas. Ini kerana ia boleh menjana haba pada bateri secara melampau (excessive heat) dan ini adalah antara musuh utama LIBs (Litium Ion Batteries).

Sesetengah EV yang canggih mempunyai system penyejukan bateri yang akan beroperasi walaupun kereta tidak bergerak. Kesihatan bateri akan dikawalselia oleh BMS (Battery Management System) yang mana akan mengaktifkan system penyejukan bateri jika diperlukan. Kerana itulah EV biasanya dinasihatkan untuk sentiasa “plug in whilst not driving” di kawasan beriklim panas.

Seterusnya berkenaan meletup pula. Meletup ni adalah kes yang sangat ektreme. Kerana itu, saya setuju dengan tulisan Dr Aid sebelum ini dimana bateri pada EV mempunyai fail safe system (system gagal selamat) supaya letupan tidak berlaku. Kajian bukan hanya dibuat untuk lihat risiko berlakunya letupan, tetapi kajian juga dibuat untuk tahu apa yang berlaku ketika letupan.

Saya kepilkan bersama video contoh ujikaji/ekperimen saya untuk tontonan umum. Ini adalah eksperiment penderaan haba pada bateri (abuse test) bagi mengenali ciri-ciri gas, kebakaran dan letupan apabila sebuah bateri menghadapi suhu yang melampau. Hasil daripada ekperimen ini akan dapat membantu pihak pengeluar bateri untuk mencipta satu sistem keselamatan bagi mengelakkan kejadian ini berlaku di atas jalanraya.

Soalan 3: “Bila agaknya graphene battery dapat menggantikan Li-Ion dalam EV (Afiq H.)

[Dr Muin] = Soalan yang sangat bagus. Bateri graphene adalah salah satu solusi bagi kekurangan ketumpatan tenaga dan keselamatan yang dihadapi oleh material bateri sediaada. Saya ada dengar ‘rumour’ yang ada beberapa pengeluar kereta sudah mula untuk mencuba teknologi ini. Secara asas, stuktur bateri graphene ini hampir sama macam LIBs (bateri litium ion) cuma katod nya diperbuat daripada bahan hybrid li-metal+graphene.

Kajian tentang bateri ini telah bermula sejak awal 2000’an tetapi tapi yang menghalang teknologi ini daripada terus digunakan adalah kos, kerumitan (complexity) dalam penyediaan material dan adaptasi material dalam ‘functional design’. Jadi jawapan saya adalah dunia akan gunakan teknologi bateri graphene ini apabila dunia berjaya menyelesaikan masalah² yang saya sebutkan tadi.

Soalan 4: “Saya ingin bertanya adakah dan kalau ada sejauh mana teknologi cryogenic digunapakai dalam battery thermal system?” (MyMini Jcw)

[Dr Muin] = Setahu saya lah, ‘cryogenic’ hanya digunakan pada proses simpanan dan keselamatan bateri sahaja. Belum ada lagi yang cuba gunakan terus kepada system penyejukan kereta. Ini kerana nak menimpan cecair udara atau cecair nitrogen ini bukanlah suatu yang mudah untuk kita bawa bersama dalam kereta. Akan tetapi, mungkin ada kajian pada tahap akademik untuk gunakan ‘cryogenic’ tetapi ianya tidaklah sepopular seperti penggunaan udara dan cecair untuk menyejukkan bateri.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Muin kerana sama² bantu memberi pencerahan terhadap cabang kejuruteraan bateri ini. Harapnya Dr Muin boleh bantu kita lagi dimasa akan datang. Mari kita sama2 doakan kesejahteraan Dr Muin bersama keluarganya.

Dr Aid Fawzal
Stockton, UK

Anda boleh ikuti perkembangan semasa berkenaan teknologi automotif secara terus daripada laman sosial Facebook Dr Aid Fawzal seperti link di bawah.

*Tulisan sebelumnya boleh dibaca disini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=405004701624625&id=100063452952235

Google ads
Back to top button