
Buletin
PERODUA PERKENAL AKSESORI GEARUP UNTUK ARUZ – MAKIN POWER LAH LEPAS NI…
Perodua telah memperkenalkan lima aksesori GearUp baharu untuk Aruz. Pengenalan tersebut bagi melengkapkan aksesori yang diperkenalkan semasa pelancaran SUV tujuh tempat duduk itu pada Januari lalu.
Disasarkan kepada pelanggan yang ingin menambah utiliti dan memberikan sentuhan peribadi kepada Aruz masing-masing, aksesori baharu itu akan dipamer dan dibuka untuk tempahan pada acara Malaysia Autoshow 2019.

Ia berlansung sekarang hingga 14 April di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Semua aksesori GearUp boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua dan didatangkan dengan waranti selama enam bulan.

- BACA: PERODUA LANCAR BEZZA EDISI TERHAD, 50 UNIT SAHAJA!
- BACA: PERODUA TAWAR HADIAH SEHINGGA RM20K PADA ACARA MALAYSIA AUTOSHOW 2019
- BACA: PERODUA JAWAB DAKWAAN KOS SERVIS BEZZA 32% LEBIH MAHAL
- BACA: PERODUA MYVI KUNING GAYA JDM. 3SZ-VE N/A PUN OK!
GALERI