BuletinMotosikal

YAMAHA YZF-R15 2019 DENGAN 3 WARNA BARU!

Hong Leong Yamaha hari ini telah mengumumkan pelancaran warna baharu untuk sportbike terkecil mereka Yamaha YZF-R15. Ia kini didatangkan dengan grafik terbaru dengan tiga skema warna iaitu hitam, Kuning dan biru.

BACA: YAMAHA R15 MALAYSIA VS INDIA

Walaupun lebih kecil, YZF-R15 lebih sofistikated berbanding abang-abangnya yang lain seperti R25 dan R3. R15 V3 ialah yang pertama dalam keluarga kecil menggunakan suspensi teleskopik USD di hadapan. Model terbaru ini dilengkapi teknologi kepala selinder VVA (sama seperti NVX).

Ia juga didatangkan dengan lampu jenis LED depan dan belakang, panel instrumentasi digital LED dengan indikator penukaran gear, tayar lebih lebar dan rekaan baru yang cukup sporty.

R15 yang mewarisi DNA model supersports YZF-R1 itu dibina dengan peningkatan dari segi prestasinya. Jentera tersebut juga popular kerana penampilannya yang garang.

Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2008, R15 adalah varian keluarga “R” terkecil dengan enjin selinder tunggal empat lejang. Kemudian, ia dinaiktaraf pada 2014 bagi versi V2 dan pada januari lalu versi ketiga (V3) menemui peminatnya di Indonesia dengan gaya yang lebih mengancam.

Harga jualan tidak berubah iaitu RM11,988 dan model ini akan mula berada di pasaran esok.

GALERI

Google ads
Back to top button