Motosikal

MOTOGP BELANDA: YAMAHA KEMBALI DI DEPAN!

Dua minggu lalu, kita dapat saksikan jentera Yamaha semakin bagus. Baik Pasukan Factory Monster Yamaha ataupun Petronas SRT, keempat-empat motosikal yang ditunggang Vinales-Rossi, Quartararo-Morbidelli benar-enar memberi saingan pada MotoGP musim 2019 ini.

Namun pasukan Yamaha Mnster MotoGP tidak bernasib baik pada perlumbaan di Catalunya dua minggu lepas. Vinales disondol Lorenzo dalam satu insiden rempuhan berjemaah yang turut melibatkan rakan sepasukannya – Rossi dan juga pelumba Ducati, Dovizioso.

Vinales juga yakin beliau mampu menduduki podium pada perlumbaan tersebut jika tidak terbabit dalam perlanggaran tersebut.

Namun itu cerita yang dah lepas. Semalam, Vinales membuktikan bahawa Yamaha sudah kembali ke persada persaingan sebenar. Rentak perlumbaan yang sengit dan buat pertama kalinya juga kita dapat lihat Marquez “lelah” nak mengejar Vinales di depan.

Pelumba yang berasal dari sepanyol itu mengutip kemenangan pertama pasukan Yamaha pertama tahun ini manakala juara dunia Honda Marc Marquez di tangga kedua sekaligus menjarakkan lagi jurang mata MotoGPnya ke 44 mata.

Satu lagi pelumba Yamaha yang menyerlah pada musim ini ialah, Fabio Quartararo. Beliau yang memulakan kedudukan pada petak kedua menghabiskan perlumbaan di podium 3.

Jika beliau lebih tertib dalam 10 pusingan pertama di Belanda ini, kami yakin, beliau boleh mendapat posisi lebih baik. Kehilangan cengkaman tayar belakang pada pusingan 10-12 menyebabkan beliau dipintas mudah.

Vinales ternyata yakin sejak dari awal minggu sewaktu ujian bebas.

“Assen adalah salah satu trek yang saya suka,” kata Vinales. Beliau

“Di litar, sejak Jumaat saya rasa sangat bagus bersama motor ini dan rasa sangat yakin pada tujuh atau lapan pusingan terakhir yang menjadi kunci kemenangan dalam perlumbaan ini. Saya mencuba yang terbaik, beberapa kesilapan pada awal namun saya cuba perbaikinya. Pada awal pusingan, ia sedikit sukar.

Setakat pusingan semalam, Marquez kini mengutip 160 mata diikuti 116 Andrea Dovizioso – Ducati. Selepas lapan pusingan, nampaknya persaingan masih terbuka.

“Kami tahu Yamaha sangat kuat kali ini,” kata Marquez.

“Kami mencuba yang terbaik dan apa yang penting semalam, kami dapat meningkatkan jurang perbezaan mata.”

Valentino Rossi, rakan sepasukan Vinales bagaimanapun tidak bernasib baik apabila terbabas selepas empat pusingan selepas bertembung dengan penunggang Jepun Takaaki Nakagami.

“Ia adalah kesilapan saya, ia juga merupakan satu kemalangan yang teruk,” kata Rossi.

Google ads
Back to top button