Buletin

PADA 2019, HAMPIR SEPARUH KERETA YANG DIJUAL DI MALAYSIA IALAH PERODUA!!!

Perodua telah memecahkan rekod jualan tahunannya, iaitu 227,243 unit pada 2018, dengan jualan 240,341 kenderaan pada 2019. Peningkatan tersebut berlaku pada setiap model jualan dari Alza, Aruz, Bezza, Axia dan Myvi.

“Pencapaian ini di luar jangkaan kami. Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Didorong permintaan yang tinggi, kami menjangkakan prestasi jualan
tahun ini setanding dengan tahun lepas. Kami menetapkan sasaran jualan
240,000 unit untuk 2020 dan optimis ia boleh dicapai walaupun persaingan
dijangka bertambah sengit tahun ini,” tambahnya.

Angka jualan 2019 Perodua mewakili peningkatan 13,098 unit (peningkatan 5.8%) berbanding 2018, dan merupakan angka jualan tahunan tertinggi dalam sejarah syarikat tersebut.

“Berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) 604,775 unit,
Perodua menguasai hampir 40% pasaran Malaysia, berbanding 38% tahun
lepas,” ujar Dato’ Zainal.

Semua model Perodua menerajui segmen masing-masing pada 2019,
termasuk Perodua Aruz yang menjadi SUV terlaris negara dengan jualan
30,115 unit.

Namun apa yang sedikit membimbangkan ialah tempoh menunngu yang agak lama bagi kebanyakan kereta yang dihasilkan oleh pembuat kereta nasional itu.

Perodua dalam satu kenhyataan hari ini juga memberitahu akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 4% keppada 254,000 unit tahun ini berbanding 244,400 unit pada 2019. Angka ini merangkumi pengeluaran
untuk eksport dan penyimpanan stok untuk 2021.

“Kami menjangkakan separuh pertama 2020 yang mencabar – Perodua akan memberi tumpuan kepada memenuhi tempahan yang sedia ada. Kami akan menilai semula keadaan pasaran pada separuh kedua sambil membina inventori kami supaya kami bersedia andai pasaran bertambah baik,” kata Dato’ Zainal.

Mazda CX30

Menurut beliau, dengan peningkatan pengeluaran, Perodua menjangkakan
perbelanjaan RM6 bilion tahun ini untuk membeli komponen tempatan,
berbanding RM5.4 bilion tahun lepas.

Dari sudut eksport, Bezza menjadi sedan bawah-1.0 liter terlaris di Sri
Lanka tahun lalu, manakala Perodua turut memasuki pasaran baharu, Seychelles.

“Walaupun eksport kami kekal berskala kecil pada kira-kira 2,800 unit tahun lepas, kami akan teruskan usaha membina jenama kami di peringkat
antarabangsa ke arah meningkatkan angka eksport tahun ini,” ujar Dato’
Zainal.

Melihat pada aspek servis selepas jualan, Perodua mencatat 2.35 juta kenderaan pada 2019 menerusi 186 pusat servisnya di seluruh negara. ia sekaligus merupakan peningkatan sebanyak 8.3% berbanding 2.17 juta pada 2018.

Dato’ Zainal menambah bahawa Perodua akan terus bekerjasama dengan
para pengedarnya, yang kini membentuk 75% daripada rangkaian jualan dan servisnya. Mereka akan terus berusaha menaik taraf dan melabur untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

“Perodua mempunyai rangkaian jualan dan servis kenderaan yang terluas di Malaysia. Kami berhasrat untuk menambah baik kemudahan yang sedia ada melalui kerjasama erat dengan para pengedar kami supaya kami boleh
memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami ,” kata Dato’ Zainal,

Tags
Google ads
Back to top button