
PENCURI LARIKAN SPORT RIM NSX TYPE S DI LAPANGAN TERBANG SAN FRANCISSCO – RABAK POKET WEI
Bila terpaksa meninggalkan kereta semalaman ataupun lebih di luar sudah tentu hati kita tidak akan tenang. Nak pula kalau tempat pakir awam yang besar. Ada jaga pun macam taka da. CCTV pun bukan ada di setiap sudut.

Itulah yang berlaku pada seorang pemilik Acura NSX Type S bila kesemua rimnya dilarikan pencuri. Kejadian berlaku di kawasan pakir lapangan terbang San Francisco.
Dianggarkan satu unit rim NSX standard bernilai sekitar USD2,300 (RM10,500)! Kalau satu set dah lebih dari RM40K! mungkin ia tidak semahal rim Lamborghini yang dihasilkan daripada magnesium tapi mahal juga tu wei.
Kalau pun dapat buat tuntutan insuran bukannya senang untuk mendapatkan rim gantian kerana hanya ada 350 unit sahaja NSX Type S ni dalam dunia. Lagi rare daripada Ferrari F40 kau. Kalau tak dapat cari juga memang kena pakai rim aftermarket je lah.
Lagi kejam bila si pencuri ni meninggalkan kereta tersebut tergantung di atas lapisan batu bata. Bukan di keempatempat penjuru tapi di tengah-tengah bahagian badan kereta menyebabkan ianya tergantung. Gila wei, kalau ye pun letak la bata tu elok-elok. Kata negara maju. Belajar la sikit dengan pencuri di Malaysia.
Dengan keadaan terjungkit macam tu dah sah-sah bumper belakang pun calar balar dan rosak. Rasanya tiada masalah dengan tuntutan insuran di sana sebab mereka tidak secerewet di sini.
Kat sini kita bayar parking mahal-mahal tapi siap kita suruh tanggung sendiri jika berlaku kejadian malang. Tak semua tapi kebanyakan memang macam tu.




