Motosikal

GOGORO KUASAI PASARAN SKUTER ELEKTRIK DI TAIWAN

Keupayaan mengecas bateri dengan pantas merupakan antara halangan terbesar perlu dihadapi segmen kenderaan elektrik.

Pada hakikatnya, teknologi pengecasan pantas terbaik masih tidak dapat lagi menggalas tugas mengecas bateri secepat yang diharapkan para pengguna.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi penyelesaian untuk mengatasi masalah terbabit malah telah menjadi trend dalam segmen kenderaan elektrik dua roda iaitu penggunaan bateri boleh ditukar.

Kini, beberapa syarikat telah memulakan menggunakan teknologi bateri boleh ditukar berkenaan.

Bahkan, kebanyakkan syarikat pemula skuter elektrik menampilkan ciri teknologi terbaharu itu.

Ia sekali gus menunjukkan langkah transformasi dalam pek bateri adalah dengan membangunkan produk yang mampu dipadankan untuk pelbagai platform.

Sebuah syarikat di Taiwan, Gogoro menarik perhatian dunia dengan menguasai pasaran tempatan dan beberapa negara Asia.

Pembikin skuter elektrik itu menjalin beberapa perkongsian strategik untuk memastikan penggunaan mobiliti elektrik lebih pantas.

Pada tahun ini, Gogoro berjaya menjual lebih 63,000 unit skuter elektrik di Taiwan berbanding pesaing utama Aeon yang hanya menjual 6,000 unit.

Syarikat berkenaan telah melecarkan sayap di pasaran lain hasil kerjasama strategik dengan jenama EV besar dunia.

Ia termasuk kerjasama dengan Yadea di China, Hero (india) dan Gojek (Indonesia).

Siapa tahu kemungkinan syarikat berkenaan akan memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pula. –rideapart

Google ads
"
"
Back to top button