Motosikal

BMW MOTORRAD MULA PRODUKSI SKUTER ELEKTRIK CE-04. RM49,000 SEUNIT

Pada Julai lalu, BMW Motorrad secara rasmi mendedahkan produk paling radikal dalam portfolio moden jenama terbabit.

CE-04 yang merupakan produksi elektrik dua roda pertama BMW bakal menggegar dunia automotif dengan rekaan agak pelik.

Ketika motosikal elektrik terbabit didedahkan pada tahun lalu, ia mendapat pelbagai reaksi termasuk terlalu menampilkan rekaan eksentrik malah tidak realistik dalam dunia hari ini.

Begitupun, kritikan tersebut bukan penghalang untuk BMW Motorrad apabila mengumumkan produksi generasi skuter elektrik masa depan berkenaan diberikan lampu hijau.

Motosikal CE-04 mendapat khidmat motor elektrik yang mampu menjana kuasa 42 hp dan mencecah kelajuan sehingga 129 km/j.

Ia berupaya memecut 0-49 km/j dalam tempoh bawah tiga saat.

Selain itu, CE-04 turut dilengkapi bantuan penunggangan elektronik seperti Kawalan Penstabilan Automatik (ASC), Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) dan gear gostan untuk memudahkan pengendalian memasuki parkir sempit.

Skuter elektrik premium itu dijangka memasuki pasaran pada awal tahun 2022 dan model standard akan ditawarkan pada harga AS$11,795 (RM49,108). – rideapart

Google ads
Back to top button