Artikel Pilihan

600 HP LESAP LEPAS KEMASKINI PERISIAN, PEMILIKI XIAOMI MENGAMUK

Xiaomi iaitu pengeluar telefon pintar dan juga kereta elektrik yang menghasilkan SU7 Ultra dengan keupyaaan pecutan 0-100km/jam dalam masa kurang 2 saat dengan bantuan 1548 kuasa kuda sekali lagi menjadi tajuk perbualan hangat di atas talian

Walaupun sambutan terhadap Xiaomi SU7 sangat baik dan pengeluaran untuk tahun 2025 habis dijual dalam masa beberapa jam, kereta elektrik ini tidak dapat lari dari kontreversi. Terbaru Xiaomi menyangka yang semua masalah boleh diselesaikan dengan duit atau hadiah bernilai 8000 USD

Pada awalnya mereka menyangkakan yang kuasa 1548 HP tersebut boleh dikawal dan tidak membahayakan pengguna jalan raya. Namun selepas beberapa insiden kemalangan, Xiaomi telah melancarkankan kemaskini perisian yang mengurangkan kuasa motor elektrik kepada 900HP sahaja bagi kegunaan jalan raya

Jika pemilik ingin merasai kuasa 1548 HP dengan maksima, mereka boleh pergi ke litar perlumbaan yang sah dan lenjan SU7 mereka dalam ranking Mode. Namun tindakan Xiaomi yang menurunkan kuasa motor tersebut akhirnya memakan diri apabila pengguna berasa berang apabila mendapati kuasa EV mereka semakin menurun

Sebagai tindak balas, Xiaomi menawarkan pakej pamapasan bernilai 8000 USD pada semua pemilik yang terkesan. Tindakan drastik ini diambil oleh Xiaomi selepas menyedari bahawa pemandu boleh menggunakan 1548 HP ini tadi di atas jalan raya, bukannya litar seperti yang disarankan oleh Xiaomi

Bagi pihak pengguna pula, mereka merasa ditipu selepas menyedari kuasa Xiaomi SU7 seakan terbantut selepas menerima kemaskini atas talian (OTA), dan perubahan kuasa ini dibuat selepas mereka membeli kereta elektrik ini. Prestasi SU7 tidak lagi sama selepas naik taraf dan dimiliki secara sah

Media sosial, forum dan akhbar dipenuhi dengan kemarahan kerana pengguna merasakan mereka telah menerima “versi pondan” kenderaan berprestasi tinggi itu.

Selepas berdepan dengan tekanan ramai pengguna, Xiaomi mengakui kesilapannyadan berjanji untuk memulihkan akses tanpa had kepada 1,548 HP, tetapi tidak menawarkan bayaran balik. Sebaliknya, ia menawarkan pampasan dalam hadiah promosi, bernilai sehingga $8,000 USD

Seperti yang diketahui, hadiah pertama ialah hud depan gentian karbon dengan lubang pengudaraan berganda, yang bernilai $5,600. Aksesori ini akan diberikan kepada semua pengguna yang membeli SU7 Ultra mereka sebelum 10 Mei lalu.

Hadiah kedua ialah baucar mata kesetiaan bernilai $2,400, yang boleh digunakan di semua kedai rasmi Xiaomi untuk produk, perkhidmatan atau peningkatan. Bagi Xiaomi, tindakan ini adalah tepay bagi mengekalkan kesetiaan pelanggan tanpa membelanjakan duit tambahan bagi tujuan pemasaran

Xiaomu telah menjelaskan bahawa pengubahsuaian pesanan sedia ada yang lain dan penghantaran hud gentian karbon akan menyebabkan kelewatan dalam penghantaran masa hadapan. Tetapi mereka mengatakan penantian itu berbaloi.

Tetapi kes ini menimbulkan perdebatan yang lebih luas tentang masa depan kereta. Dalam era perisian, bolehkah jenama mengubah cara kereta dari jauh walaupun selepas ia dijual?

Google ads
Back to top button