Artikel Pilihan

9 INDIVIDU TERKENAL YANG DILARANG DARI BELI FERRARI. BANYAK DUIT PUN TAK GUNA

Jika anda biasa dengan jenama Ferrari, anda akan tahu bahawa jenma ini sangat mementingkan prestij. Jika jenama lain tidak kisah dengan perangai anda dan apa yang anda buat dengan kereta anda selepas selesai membelinya, Ferrari adalah sebaliknya.

Anda akan tertakluk kepada peraturan yang ketat sebagai pemikik dan jika anda melanggar undang-undang ini besar kemungkinan anda akan dihalang daripada membeli jenama Ferrari pada masa akan datang. Antara individu yang dihalang daripada membeli Ferrari termasuklah:

1. Tyga – merupakan seorang penyanyi rap yang telah menyewa Roll-Royce Ghost dan juga Ferrari 458 Spyder pada tahun 2016. Malangnya sebelum tamat tempoh perjanjian Tyga gagal membayar duit sewaan dan menyebabkan Ferrari 458 diambil balik oleh Ferrari

Tyga juga dilaporkan berhutang duit sewaan sebanyak RM 210,000 dengan Ferrari dan RM 420,000 dengan Rolls-Royce menyebabkan Tyga disaman oleh Ferrari dan dituntut untuk membayar duit sewaan, duit prosedur undang-undang dan ganti rugi am. Malah imej buruk Tyga memberi reputasi teruk kepada Ferrari

2. Deadmau5 – atau nama sebenarnya Joel Thomas Zimmerman merupakan seorang komposer muzik elektronik dan DJ yang memenangi sehingga 6 anugerah Grammy. Ferrari tidak gembira apabila Deadmau5 membeli model 458 dan mmbalutnya dengan warna sky blue vinyl serta menamakan semula keretanya dengan nama Nyan Cat.

Bukan itu sahaja, Deadmau5 juga melakukan kerja ubahsuai logo pada logo Ferrari dan juga karpet lantai dengan menggunakan simbol sendiri Purrari menyebabkan Deadmau5 menerima surat LOD. Surat ini meminta Deadmau5 membuka semua logo Purrari dan mengembalikan warna 458 kepada warna asal iaitu putih

Setelah mengembalikan model 458 kepada Ferrari, Deadmau5 membeli Lamborghini Hurracan dan menamankannya Nyanborghini Purracan. Lamborghini tak kisah pun, duit dia kan.

3. Chris Harris – pengacara Top Gear ini pernah menulis satu artikel bertajuk “How Ferrari Spin” untuk satu laman web automotif pada tahun 2011. Dalam artikel ini, Chris mendakwa Ferrari melakukan talaan khas bagi menjadikannya lebih baik apabila dipandu uji oleh majalah permotoran antarabangsa dan ia adalah versi berlainan dengan versi yang dijual

Ferrari menafikan tuduhan ini dan meletakkan nama Chris dalam senarai hitam yang tidak dibenarkan untuk menerima kereta pinjaman bagi tujuan pandu uji

4. Justin Bieber – selain daripada memiliki suara tidak sedap, Bieber juga mempunyai model 458 Italia F1 Edition yang telah dihias sesuka hati oleh bengkel West Coast Custom. Kesalahan pertama ialah membalut warna 458 ini dengan warna electric blue dan kedua ialah menukar logo Prancing Horse kepada logo lain.

Tetapi yang menyebabkan Bieber disenarai hitam ialah selepas mabuk mabuk, Bieber telah kehilangan model 458 ini selama 3 minggu dan menjadi berita sensasi. Satu populariti buruk yang tidak mahu diterima oleh Ferrari

5. 50 Cents – punca kepada senarai hitam ialah penyanyi rapper ini buat bising di laman sosial berkenaan dengan model 488 miliknya yang mengalami masalah bateri rosak dan gagal dihidupkan. Ini menyebabkan 488 miliknya terpaksa menaiki lori tunda dan gambar model 488 menaiki lori tunda sangat tidak disusaki oleh Ferrrari

6. Kim Kardashian – sewaktu perkahwinannya, Kim menerima sebuah Ferrari 458 daripada tetamunya iaitu Jho Low yang terlibat dalam skandal 1MDB. Ferrari tidak gembira penglibatan mereka dengan Jho Low dan bertindak menghalang Jho Low daripada membeli model terbaru milik mereka

7. Floyd Mayweather – merupakan salah seorang atlit berpendapatan tinggi dan terkenal dengan sukan tinju. Pada awal 2024, kekayaan Floyd mencecah sehingga RM 2.1 billion dollar dan sepatutnya Ferrari boleh menjual seberapa banyak kereta kepadanya.

Tetapi Floyd memiliki satu perangai dimana selepas puas bergambar dan menayangkan kereta barunya di media sosial, dia akan menjual kereta tersebut bagi meraih keuntungan. Dah la kaya, bertambah kaya pulak. Memang terdapat klausa yang melarang pemilik Ferrari menjual kenderaan mereka dalam tenpoh tertentu selepas pembelian dilakukan dan Floyd ini tidak mempedulilkan larangan Ferrari ini.

8. Nicholas Cage – pada satu ketika Cage adalah salah seorang pelakon yang dibayar cukup mahal dan tergolong dalam pelakon layar kelas A di Hollywood. Ini membolehkan Cage mengumpul kekayaan dan membeli beberapa kereta yang cukup mewah seperti Ferrari Enzo

Tapi malangnya sikap boros ini menyebabkan Cage terjebak dengan isu melarikan cukai sehingga dia doberi waran bagi menjelaskan cukainya. Cage terpaksa menjual rumah dan keretanya bagi membayar hutang cukai termasuklah Ferrari Enzo dibawah nilai pasaran. Keadaan ini menyebabkan Ferrari merasa kurang senang dengan tindakan Cage yang menjual Enzo dengan murah-murah.

9. Blac Chayna – merupakan salah seorang stunt double kepada Nicki Minaj dan juga beberapa filem kurang senonoh. Blac juga suka memiliki perangai suka menunjuk kekayaan termasuklah 2 buah Ferrari yang dibalut dengan warna yang pelik pada pandangan Ferrari

Sebuah Ferrari dibalut dengan warna pink dan sebuah lagi dipasang dengan rim sukan yang berwarna merah. Bagi Ferrari kedua dua kereta milik Blac tidak mencerminkan imej eksklusif milik Ferrari

Google ads
Back to top button