Buletin
AC COBRA GT ROADSTER, VERSI MODEN MODEL IKONIK ERA 60-AN!
Sana-sini orang bercakap dan mengidamkan kereta elektrik namun masih ada pengeluar yang bersemangat untuk mengeluarkan model klasik bernadikan enjin pembakaran dalaman dan sentuhan moden.
AC Cars, syarikat Britain yang mula beroperasi pada 1901 akan memperkenalkan model baharu AC Cobra GT Roadster pada April depan.
Dari gambar awal yang dikongsi, model ini dengan jelas dipengaruhi AC Cobra era 60-an dan pembangunannya memakan masa lebih tiga tahun.
Walaupun membawa pengaruh model dahulu, AC Cobra GT Roadster langsung tidak berkongsi komponen dan serba-serbi baharu.
AC Cobra GT Roadster direka supaya sah digunakan di jalan raya dengan pematuhan homologasi yang diperlukan dan dilengkapi ciri keselamatan moden.
AC Cobra sebelum ini dipasang di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) dan model baharu bakal dikeluarkan di Eropah.
Badan AC Cobra GT Roadster diperbuat daripada komposit karbon dan hasil kerja Icona Design Group dengan membawa semula elemen terdahulu dan sentuhan moden.
Casis kereta menggunakan kerangka ruang (space frame) aluminium yang dihasilkan AC Cars dan dengan sokongan Cecomp s.p.a. di Itali.
Casis itu mempunyai ukuran jarak roda 2,570 mm atau 84 mm lebih panjang berbanding AC Cobra MK VI dan panjang kereta bertambah 110 mm kepada 4,255 mm.
Konfigurasi dan geometri suspensi dibangunkan secara bersama dengan pasukan perlumbaan profesional UK.
Jika model terdahulu menggunakan enjin V8, model baharu pun sama dan menghasilkan 654 bhp dan tork 780Nm dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik sepuluh kelajuan.
Berat kereta dibawah 1,500 kg dan pecutan 0 hingga 97 km/j hanya memerlukan sekitar 3.4 saat.
Bahagian dalam kereta dilengkapi Advanced Driver Information Center (ADIC) yang memaparkan pelbagai maklumat dan ditempatkan pada aras mata pemandu. Turut dilengkapi tingkap berkuasa, kawalan suhu, sistem navigasi dan maklumat hiburan.
AC Cobra GT Roadster ditawarkan kepada pelanggan di serata dunia dan tempahan sudah pun dibuka.
Harga AC Cobra GT Roadster di UK dijangka bermula daripada 285,000 pound (RM1,532,352.80) termasuk VAT. Mereka yang berminat perlu cepat kerana AC Cobra GT Roadster dikeluarkan dalam jumlah terhad.
BACA: HENNESSEY VENOM 1200 – 1204 HP, 1223 NM, 66 UNIT SAHAJA
BACA: FORD GT HERITAGE EDITION, MODEL CUN UNTUK HORMAT FORD GT 1964
BACA: SUTTON MACH 1 – 767 EDITION, MUSTANG BERKUASA 767HP!