
PENING MAT! KERETA GUNA LORONG MOTOSIKAL DI TAMBAK, MENYUSAHKAN PENUNGGANG LAIN
Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Tambak Johor telah menjadi sebahagian kehidupan seharian untuk pengguna di laluan tersebut, namun baru-baru ini situasinya berbeza sama sekali.
Pada 28 Februari lalu, Stomper Spencer, berkongsi satu klip video yang memaparkan sebuah kereta tersekat di lorong motosikal.
Stomper Spencer berkata, dia sedang memandu ke Johor Bahru kira-kira jam 6.30 pagi apabila melihat sebuah kereta hitam masuk ke laluan yang salah.

“Pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) cuba membantu pemandu keluar dari lorong motosikal yang sempit,” kata Stomper.
Video itu juga menunjukkan barisan penunggang motosikal terpaksa menunggu di belakang kereta. Seorang lelaki mengulas, “Pemandu jenis ini tidak berakal dan menyusahkan.”
Tambah Stomper, kejadian ini berlaku sejak 4 pagi lagi, dan sudah tentu ia menyusahkan penunggang yang lain.
Kejadian serupa turut berlaku di Lebuhraya persekutuan Petaling Jaya kelmarin, apabila sebuah MPV didapati memandu di lorong motosikal.
Dalam video berdurasi 25 saat itu, sebuah MPV dilihat dipandu di sepanjang lorong motosikal berhampiran Amcorp Mall. – Stomp Straits Times







