Buletin

KERETA TERBALIK DIREMPUH LORI GARA-GARA BREK TANGAN TIDAK DITARIK DENGAN KEMAS

Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya dilanggar sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba di stesen minyak di Manjalara.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, seorang lelaki memandu sebuah lori muatan besi telah parkir kenderaan itu di salah satu pam minyak untuk pengisian bahan api.

“Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter bagi membuat pembayaran.

“Dalam masa sama, tiba-tiba lori tersebut telah bergerak secara mengundur lalu melanggar sebuah kereta Honda City dipandu wanita berusia 60 tahun yang sedang berhenti di simpang jalan untuk masuk ke jalan utama,” jelasnya.

Sarifudin berkata, kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu kenderaan itu.

“Kes diklasifikasi di bawah Rule 14(1) LN 165/59 (tidak tarik brek tangan dengan kemas).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button