
KIA ASIA PACIFIC LANCAR HAB LATIHAN GLOBAL PERTAMA DI RANTAU APAC
Kia Asia Pacific memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Kia Asia Pacific Training Centre di Glenmarie, Shah Alam.
Ini adalah hab latihan global kelima Kia selepas Jerman, Rusia, UAE, dan Amerika Syarikat. Kuala Lumpur, yang juga merupakan ibu pejabat serantau Kia Asia Pacific, dipilih kerana peranan strategiknya sebagai pusat utama dalam rantau Asia Pasifik.
Pusat Latihan ini akan menjadi peneraju dalam membentuk inovasi dan perkhidmatan cemerlang di seluruh rantau APAC.

Fokusnya adalah melatih kakitangan operasi, jualan, dan selepas jualan dengan kemahiran yang diperlukan dalam industri automotif yang semakin berkembang.
Presiden dan CEO Kia Asia Pacific, Kevin Ahn berkata, “Pembukaan Pusat Latihan ini sejajar dengan falsafah kami untuk menekankan budaya berpusatkan pelanggan.”
“Ini adalah komitmen kami untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan bagi melebihi jangkaan pelanggan.”
Menurutnya, Malaysia dipilih kerana lokasinya yang strategik dan bakat pelbagai, di samping kemahiran bahasa yang tinggi.
Pusat ini dilengkapi kemudahan canggih seperti bilik kelas teknologi tinggi, bengkel praktikal, dan simulator pembaikan maya, serta kenderaan seperti Kia EV6 dan EV9.
Kia mensasarkan untuk melatih 3,000 individu setiap tahun, menyokong 34 negara dalam rantau APAC.
Pembukaan Pusat Latihan ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam rangkaian latihan global Kia.
- BACA: ACER MALAYSIA LANCAR PRODUK BAHARU UNTUK ‘KAKI GAMING’ – TAWAR DISKAUN SEHINGGA RM200 DAN HADIAH PERCUMA!
- BACA: PUSINGAN AKHIR LIGA PREDATOR APAC 2025 BERLANGSUNG PADA 11-12 JANUARI 2025 – TAWAR HADIAH RM1.7 JUTA
- BACA: WRC 2024 – SAMI PAJARI SEKALI LAGI AKAN MEMANDU TOYOTA GR YARIS RALLY1 UNTUK DUA PERLUMBAAN
- BACA: BUKAN SEBAB KESEDARAN JAGA ALAM SEKITAR, FOMO JADI DORONGAN BELI EV?