Artikel Pilihan

ADVANCE SAFETY ASSIST. APA YANG BARU PADA D55L?

Sistem Advance Safety Assist ketika diperkenalkan pada tahun 2017, ramai pemerhati automatif sebenarnya terkejut dengan keupayaan Perodua memperkenalkan ciri keselamatan aktif pada sebuah kereta kompak segmen B pada harga yang cukupo kompetitif. Ketika itu hanya Myvi dan Hyundai Ioniq sahaja yang memiliki ciri ini walaupun ciri pada AEB lebih canggih

Pada tahun 2019, sistem ASA ini ditambah baik dengan beberapa ciri serta dinamakan ASA 2.0. Sistem ini berupaya memberi amaran serta brek automatik pada kelajuan sehingga 100km/j serta berupaya mengesan pejalan kaki. Tapi sebenarnya sistem ini telah wujud semenjah tahun 2016 lagi jika anda merujuk pada satu kertas kerja yang dihasilkan oleh Daihatsu

Jika anda rajin membaca kertas kerja tersebut anda akan dapati terdapat 2 lagi fungsi yang boleh ditambah pada sistem ASA iaitu Lane Departure Warning dan juga Auto High Beam. Lane Departure Warning bertindak memastikan kereta dipandu di laluan yang asal dan jika pemandu ingin menukar laluan, mereka perlu memberi isyarat. Sistem ini menggalakkan sikap pemanduan yang lebih bertanggungjawab.

Auto High Beam pula akan menyalakan lampu besar secara automatik tanpa perlu menunggu arahan dari pemandu. Jika ia mengesan tiada kenderaan di hadapan, lampu tinggi akan dipasang dengan serta merta bagi pencahyaan maksimum. Tapi ingat tuan, kerta kerja ini dihasilkan pada tahun 2016 lagi dan kami percaya dalam masa 5 tahun banyak pembaharuan yang telah dilakukan

Bagi sistem amaran pra perlanggaran, kami membuat tekaan kemungkinan besar sistem ini berupaya untuk berfungsi pada halaju yang lebih tinggi, mungkin boleh mengesan pejalan kaki kanak-kanak dan juga penunggang basikal.

Rakan media Automachi pula melaporkan bahawa Perodua D55L memiliki Lane Deviation Correction System, Reverse Blind Spot Detection System, Side Blind Spot Detection System dan sistem pemanduan automatik (active cruise control) dari halaju 35km/j sehingga 120km/j. Lane Deviation Correction System ini akan membetulkan stering dan kereta di lorong yang ditetapkan kecuali pemandu menggunakan signal untuk menukar lorong

Active Cruise Control pula sebenarnya lebih bagus dari cruise control biasa kerana sistem ini akan membrek secara automatik jika terdapat kereta dipandu perlahan di hadapan. Semua sistem ini akan mengurangkan tekanan dan keletihan pada pemandu untuk pemanduan jarak jauh.

Setakat ini kita hanya boleh meneka apa fungsi tambahan yang boleh dipasang pada ASA menjadikannya lebih canggih. Kalau semua sistem ini dipasang pada varian tertinggi, kami yakin kebanyakan bakal pembeli akan tertarik dengan ciri yang ditawarkan. Buat apa beli kereta mahal kalau Perodua D55L boleh tawarkan ciri yang sama pada harga yang lebih murah.

Nah korang layan dulu video Toyota Raize

Google ads
Back to top button