
AHLI KELAB MOTOSIKAL BUAT ‘MINI MARKET’ MACAM RUMAH SEWA, SIAP BARING SANTAI
Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan ahli sebuah kelab motosikal menyerbu sebuah kedai serbaneka dan membuat sepah di dalam premis tersebut, lapor laman berita Abata News hari ini.
Kejadian berlaku Sabtu lalu di sebuah cawangan Indomaret di Nganjuk, wilayah Jawa Timur.
Dalam video itu, sejumlah pemuda dilihat berbaring di atas lantai kedai serbaneka dan duduk di atas lantai sambil makan dan minum.

Aktiviti itu menyebabkan lantai kedai menjadi kotor disebabkan kesan tapak kasut mereka yang dipenuhi lumpur akibat hujan sebelum memasuki premis itu.
Terdapat juga beberapa lelaki merokok di dalam kedai sambil duduk bersantai, malah sejumlah lagi memenuhi luar kedai.
Menurut keterangan video, kedai serbaneka tersebut kerugian sebanyak 4 juta rupiah (RM1,100) pada hari itu akibat perbuatan kumpulan berkenaan.
Video itu menjadi tular dan menerima kecaman pengguna media sosial disebabkan sikap ahli kelab motosikal tersebut.
“Mereka fikir Indomaret adalah rumah sewa?” kata seorang netizen.
“Adakah mereka tidak belajar mengenai adab?” soal pengguna media sosial lain. – Kosmo!
- BACA: HONDA BAKAL DEDAH HONDA PRELUDE VERSI KEMAS KINI DAN CIVIC TYPE R ‘RACING BLACK PACKAGE’ DI TOKYO AUTO SALON 2025
- BACA: BYD SHARK 6 PHEV TIBA DI PASARAN AUSTRALIA TAK LAMA LAGI – HARGA BERMULA RM163K
- BACA: HYUNDAI i20 N RALLY2 STEP2 BERSEDIA UNTUK DITURUNKAN DI ERC
- BACA: NISSAN, HONDA PERTIMBANG PENGGABUNGAN – MANFAAT KEKUATAN UNTUK KEKAL RELEVAN