
THAI AIRASIA PERTIMBANG UNTUK BERGABUNG. ELAK MASALAH PERANG HARGA
Thai AirAsia dilapor sedang menimbang untuk bergabung dengan syarikat penerbangan tambang rendah yang lain bagi mengelak masalah perang harga selepas wabak COVID-19 memberi impak besar ke atas industri penerbangan.
Pengerusi Eksekutif Thai AirAsia, Tassapon Bijleveld menegaskan bahawa jika aktiviti pelancongan Thailand tidak kembali menjelang Julai, pihaknya mungkin akan mula membuang pekerja. Selain mengecilkan operasi syarikat dan penerbangan demi memastikan ia dapat terus bernafas.
Tassapon memberitahu beliau ada berbincang dengan syarikat penerbangan lain tentang penggabungan tersebut. Namun enggan mengulas lanjut.
“Pengabungan tidak mustahil akan berlaku sekiranya industri penerbangan Thailand kembali dengan perang harga yang lama. Ini kerana kami mempunyai sumber perolehan yang terhad,” katanya.
Untuk mengelakkan kerugian, tambang perlu ditawarkan pada harga di antara 1,200 baht (RM164) hingga 14,000 baht (RM191), naik 15 hingga 20 peratus berbanding kadar biasa iaitu sekitar 1,000 baht (RM136).
Kini terdapat tujuh syarikat penerbangan tambang murah di Thailand. Menurut Tassapon tga buah syarikat sudah cukup untuk membentuk persaingan yang sihat.
Thai AirAsia dikatakan mengalami kerugian 1.2 bilion baht sebulan sepanjang tempoh kawalan pergerakan apabila 60 buah pesawatnya terperangkap di lapangan terbang.
Pihak berkuasa penerbangan awam Thailand telah melanjutkan larangan ketibaan semua penumpang antarabangsa sehingga 30 Jun 2020 bagi mengekang penularan COVID-19.
- BACA: SYARIKAT PENERBANGAN TERBESAR AMERIKA LATIN MUFLIS. TANGGUNG HUTANG RM78.4 BILION
- BACA: WARREN BUFFETT JUAL SEMUA SAHAM SYARIKAT PENERBANGAN BERNILAI RM25.7 BILION
- BACA: THAI AIRWAYS DIRUJUK KE MAHKAMAH BANKRUPSI
- BACA: EMIRATES RANCANG BUANG 30,000 ORANG PEKERJA. MOHON BANTUAN RM5.22 BILION DARIPADA DUBAI