Motosikal

AIRBAG JEANS MAMPU LINDUNGI PENUNGGANG MOTOSIKAL

Sepasukan pakar dari pelbagai bidang menjadi tunjang belakang kepada paten jeans terbaharu yang dapat melindungi penunggang motosikal sekiranya berlaku kemalangan.

Baru-baru ini, Airbag Inside Sweden AB mendedahkan prototaip Airbag Jeans yang merupakan jeans motosikal buat golongan lelaki dilengkapi lapisan beg udara di bahagian dalam produk berkenaan.

Ia menawarkan perlindungan kepada si pemakai apabila berlaku hentaman pada bahagian badan.

Memetik data Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, syarikat itu berkata kebanyakkan kecederaan dalam kemalangan motosikal berlaku pada bahagian bawah badan dan cenderung menjadi kecederaan kekal.

Airbag Jeans menyasarkan menghilangkan kecederaan tersebut.

Ketika penunggang jatuh, tali keselamatan yang menghubungkan seluar jeans dengan jentera ditunggang akan memacu inflasi.

Menurut Pengasas Airbag Inside Sweden AB, Moses Shahrivar, syarikat itu sedang mencari dana dalam pembangunan sistem elektronik beg udara berkenaan yang akan mengembang apabila menerima hentakan.

Jeans berkenaan dibangunkan Airbag Consortium A.D.A.M, kumpulan pakar Eropah dalam perisian, perkakasan, pembuatan seluar jeans dan inovasi beg udara yang akan menawarkan produk terbaharu tersebut di pasaran.

Kumpulan itu merupakan sebahagian daripada Smart X, inisiatif program EU yang ditubuhkan dalam membantu membiayai dan mempercepat proses prototaip untuk inovasi tekstil pintar.

Shahrivar berkata, jeans berkenaan disasarkan kepada 36 juta penunggang motosikal di Eropah dan Amerika Syarikat.

Dia bukanlah asing dalam jeans perlindungan kerana pada 15 tahun lalu, pernah membangunkan jeans motosikal pertama di dunia dengan kerjasama Harley Davidson. – agensi.

Google ads
Back to top button