Motosikal

MARAH TIDAK DAPAT MOTOSIKAL BAHARU, REMAJA BAKAR RUMAH KELUARGA

Berang kerana permintaan untuk memiliki motosikal baharu tidak dilayan, seorang anak sanggup membakar rumah ibu bapanya di daerah Kulon Progo, Jogjakarta, Indonesia.

Remaja berusia 17 tahun itu meminta bapanya membelikan sebuah motosikal. Namun, disebabkan kekangan kewangan kerana bekerja sebagai petani, hasrat itu tidak dapat ditunaikan.

Menurut laporan Tribunnews.com, suspek bagaimanapun enggan menerima alasan itu dan berang dengan bapanya. Kemarahan suspek akhirnya tidak dapat dibendung lagi dan diab bertindak membakar rumah yang didiami bersama ibu bapanya sebagai tanda protes.

Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry berkata, bimbang anaknya bertindak lebih dahsyat, laporan polis terpaksa dibuat.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya keluar mengerjakan tanaman di sekitar kampung. Setibanya pulang ke rumah, mereka terkejut apabila melihat pintu depan rumah sudah terbakar.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih 500,000 rupiah (RM150),” katanya. Mangsa mengesyaki anak lelakinya membakar rumah kerana tidak dibelikan motosikal seperti diminta.

Hasil risikan berjaya menahan suspek yang mengakui bertindak sedemikian kerana marahkan orang tuanya. – Harian Metro

Google ads
Back to top button