Motosikal

RATO SVR180. KAPCAI CHINA, REKAAN MACAM HONDA WINNER X

Bukan lagi rahsia, pasaran China dibanjiri oleh syarikat motosikal tempatan yang menghasilkan pelbagai jenis jentera dua roda.

Sama ada skuter, motosikal elektrik atau kapcai, semuanya ada. Dengan pasaran jualan mencecah jutaan unit sebulan, tidak hairanlah jika ada sahaja model baharu diperkenalkan di sana.

Antara model baharu yang dilancarkan di China ialah Rato SVR180 pada Oktober 2020. Kapcai yang dibina oleh Rato Motorcycle itu juga didakwa bakal dieksport ke negara luar.

Apa yang istimewa sangat pasal Rato SVR180? Tidak lain tidak bukan ialah reka bentuknya yang hampir menyerupai Honda Winner X. Walaupun rekaannya tidaklah meniru 100 peratus, tetapi peminat motosikal masih boleh mengesan persamaannya.

Tidak seperti namanya, Rato SVR180 menggunakan enjin bersesaran 149.2cc yang dilengkapi teknologi EFI. Mampu menjana kuasa 15.6PS dan tork 12.8Nm, ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.  

Jentera tersebut didatangkan dengan tangki minyak berkapasiti tujuh liter. Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuklah panel meter digital TFT, lampu LED, suspensi teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang, brek cakera pada kedua-dua roda serta tayar bersaiz 17 inci.  – ArenaMotosikal

GALERI

Google ads
Back to top button