Buletin

HILANG TANGAN GUNA TELEFON KETIKA MEMANDU. JANGAN BUAT MAIN-MAIN!!!

Seorang lelaki kehilangan tangan selepas kenderaan dipandu terbabas ketika menghantar mesej.

Pemandu berkenaan telah memberi kebenaran kepada pihak polis berkongsi rakaman kemalangan terbabit sebagai langkah membendung orang ramai melakukan kesalahan sama.

Pihak polis menggunakan rakaman video bagi mengingatkan orang ramai berhubung lima kesalahan jalan raya yang boleh membawa maut.

Ia termasuk memandu laju, memandu dalam pengaruh alcohol dan dadah, penggunaan telefon mudah alih, tidak menggunakan tali pinggang keledar serta kecuaian ketika memandu.

Siasatan berhubung kemalangan yang berlaku di Brighton, England itu mendapati pemandu tidak dikenali tersebut menggunakan telefon ketika memandu.

Melalui rakaman dash cam dari kenderaan arah bertentangan menunjukkan kenderaan berwarna perak itu terbabas lalu terbalik malah hampir mengakibatkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Menurut Penolong Ketua Konstabel Polis Sussex, Dave Miller, walaupun pihaknya tidak ingin menakutkan orang ramai dengan rakaman video berkenaan tetapi ia amat penting kepada pengguna jalan raya memahami akibat lima kesalahan yang boleh mengundang maut.

“Dengan mengambil tanggungjawab dan memandu secara selamat serta berhemah, anda dapat membantu kami mengurangkan angka cedera parah dan maut di jalan raya,” katanya. – agensi.

Google ads
Back to top button