Buletin

LYNK & CO DEDAH KERETA ELEKTRIK ZERO CONCEPT. MAMPU PECUT 0-100 KM/J KURANG 4 SAAT

Lynk & Co mendedahkan kereta elektrik terbaharu dikenali sebagai Zero Concept menjelang Beijing Auto Show pada minggu ini.

Model kenderaan elektrik ini berlandaskan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) daripada pengeluar Geely. 

Bagaimanapun, Lynk & Co masih merahsiakan perincian Zero Concept ini yang dibangunkan di Gothenburg tetapi rekaannya menyerupai versi hatchback dan sedan 03.

Zero Concept menampilkan ciri-ciri lebih menarik di bahagian rekaan gril hadapan,  pemegang pintu dan bampar yang telah dimodifikasi dengan sentuhan elegan.

Perincian rekaan badan jentera ini juga lebih kemas malah dilengkapi rim yang dioptimumkan secara aerodinamik.

Antara ciri-ciri lain termasuk lampu belakang LED dengan rekaan melintang penuh, spoiler tailgate dan difuser.

Bahagian kabin pula hadir dengan rekaan serba baharu, hadir dengan roda stereng jenis bawah rata, sistem infotainment lebih luas. konsol di bahagian tengah unik dan pemukaan dibaluti kuit bagi menambah sentuhan mewah.

Jentera terbaharu ini bakal memasuki produksi bermula tahun hadapan dan dijangka mampu mencecah 700 km mengikut data kitaran NEDC.

Ia juga didakwa mampu memecut  0-100 km/j dalam masa kurang empat saat.

Syarikat induk Lynk & Co, Geely turut menyasarkan platform SEA menjadi sumber terbuka arkitek pertama di dunia yang boleh digunakan oleh mana-mana pengeluar automotif. -carscoops

Google ads
Back to top button