Buletin

ABANG BOTAK DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 12 BULAN.

Dua hari yang lalu, tular video seorang pemuda memecahkan cermin depan kenderaan yang mengekorinya. Ia dikatakan berpunca dengan bunyi hon.

Lelaki tersebut telah diberkas semalam dan hari ini dihadapkan ke mahkamah.

Tertuduh, Danial Abdullah Tan, 31 mengaku salah dan telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Keputusan dibuat oleh Majistret, Nur Shahira Abdul Salim mengikut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Hukuman penjara tersebut berkuatkuasa dari tarikh tangkap, semalam.

Tertuduh mengaku melakukan perbuatan khianat terhadap pemandu kereta Perodua Alza milik Siew Chean Voon, 58, dengan menghentam cermin hadapan kereta tersebut menggunakan topi keledar.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, di sini, jam 5.30 petang, Selasa lalu.

Peguam, Nur Rafiuddin Naswari yang mewakili Danial memohon kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman lebih ringan kerana anak guamnya merupakan penyara tunggal keluarga. Kesalahan tersebut juga adalah kesalahan pertama dan meminta mahkamah mempertimbangkan kedudukan tertuduh yang mempunyai dua orang anak berusia setahun dan tiga tahun.

Ketika ditanya Majistret tentang tindakannya, Danial berkata, pemandu kenderaan tersebut hampir melanggarnya sebanyak dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.

Dia menghimpit semula dengan harapan untuk berbincang, namun beliau mendakwa pemandu tersebut telah menunjukkan jari tengah. Secara spontan beliau menjadi berang. Namun beliau meminta maaf atas tindakannya itu.

KREDIT: SINAR HARIAN

Google ads
Back to top button