Buletin

TERKINI: SAMSENG BOTAK SUDAH DICEKUP

Kami pun tak sangka, Polis boleh bertindak sepantas ini. Pagi tadi, kami naikkan berita tentang kejadian seorang pemuda botak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta.

Suspek sudah diberkas oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, pada jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Asmadi Borhan mengesahkan penangkapan tersebut dan berkata, lelaki berusia 30-an terbabit merupakan pembantu stor kilang di Balakong.

“Pihak berkuasa juga merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang disyaki digunakan semasa kejadian semalam.

“Pihak polis akan memohon perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya dan siasatan lanjut sedang diteruskan,” ujar Asmadi Borhan dalam satu kenyataan hari ini.

https://twitter.com/i/status/1133776384298323969

Kejadian yang dirakam menggunakan kamera “dashcam” itu berlaku semalam dalam satu video yang viral. Pemuda bermotosikal yang bersantai menunggang perlahan di hon sebuah kereta yang mengekorinya.

Akibat tidak berpuashati, beliau turun dari motosikal dan mengentak cermin depan kereta tersebut menggunakan topi keledar.

Kejadian berlaku di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang jam 5.30 petang kelmarin.

BACA: ABANG BOTAK PECAHKAN CERMIN

KREDIT: HARIAN METRO

Google ads
Back to top button