Buletin

ALAMI PENGALAMAN UNIK DI FERRARI POP-UP DI PAVILION KL

Naza Italia, pengedar dan pengimport kereta Ferrari di Malaysia baru-baru ini melancarkan bilik pameran pop-up yang unik di Pavilion Kuala Lumpur.

Terletak di pintu masuk utama pusat membeli-belah mewah itu, Ferrari Pop-Up Experience akan berada di sana sehingga 28 September 2018.

Terdiri daripada ruang pameran kereta, lounge eksklusif dan ruang resepsi, ia memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat secara dekat citarasa serta gaya hidup Ferrari.

“Ferrari Pop-Up Experience ingin menjemput orang ramai melihat sendiri jenama eksklusif ini dan pengalaman pemilikannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Samson Anand George.

Bilik pameran terbuka itu turut mempamerkan dua buah jentera iaitu Ferrari Portofino dan Ferrari GTC4Lusso T. Ini merupakan kali pertama Portofino dipertontonkan kepada umum selepas dilancarkan secara rasmi pada Mei lalu.

GTC4Lusso T pula ialah model empat duduk pertama keluaran Ferrari. Dijana oleh enjin turbo V8 bersesaran 3.9 liter, ia membawakan konsep Ferrari GT ke satu tahap yang baru.

Sempena Ferrari Pop-Up Experience, Ferrari Malaysia ada menganjurkan satu peraduan di Instagram.

Mereka yang ingin mengambil bahagian perlu mengikut arahan yang dinyatakan di laman sosial tersebut – @ferrari.malaysia

GALERI

Google ads
Back to top button