Peranti

Alcatel One Touch

Menjadi antara sepuluh pengeluar utama telefon bimbit dunia, Alcatel kini serius untuk kembali ke Malaysia dengan siri One Touch.

Telefon mudah alih itu tampil dengan ciri yang ringkas, berbeza dan berteknologi pintar dengan kerjasama Ten Ten Telecommunications. Kerjasama tersebut  menjadikan Ten Ten Telecommunications, anak syarikat Ten Ten Holdings sebagai pengedar Alcatel di Malaysia.

Harus tahu bahawa produk Alcatel merupakan peranti yang mudah digunakan dan dilengkapi dengan teknologi yang diperlukan. Selain boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan.

Ten Ten Telecommunications bermula pada tahun 2005 sebagai sebuah kumpulan pengurusan yang mempunyai pelbagai kepakaran. Misalnya, terminal komunikasi, aplikasi jalur lebar, pemasaran, pengedaran serta servis jaminan selepas jualan bagi syarikat telekomunikasi dan telefon tempatan.

Baru-baru ini, Ten Ten Telecommunications mengadakan satu sesi taklimat untuk pihak media bagi memberikan gambaran keseluruhan mengenai pelan perniagaan dan strategi produk Alcatel.

Menurut Pengarah Ten Ten Telecommunications, Alan Bong, “ Ten Ten Telecommunications yakin dapat memanfaatkan kepakarannya dalam bidang telekomunikasi, pemasaran dan pengedaran. Ini demi mengukuhkan kemunculan jenama ALCATEL untuk bersaing dalam pasaran telefon pintar dan tablet di peringkat global.”

Menurut penganalisis, Gartner, jualan telefon pintar pada suku ketiga tahun 2012 menunjukkan peningkatan 46.9 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya apabila sebanyak 169.2 juta unit terjual.

Selari dengan perkembangan pasaran tablet, kedua-dua peranti itu dikatakan mencapai jualan 821 juta unit, 70 peratus jumlah jualan keseluruhan pada tahun 2012. Keadaan tersebut dijangka berterusan pada tahun 2013 dengan 1.2 bilion unit telefon bimbit dan tablet dijual di peringkat global.

Menurut IDC, perkongsian pasaran telefon pintar diramal melebihi 50 peratus menjelang tahun 2014. Sentimen positif itu disokong oleh  kajian Neilsen yang menunjukkan kadar pemilikan telefon pintar di Malaysia adalah 27 peratus pada suku pertama 2012.

Mazda CX30

79 peratus responden kaji selidik merancang untuk membeli sebuah telefon pintar. Malaysia juga merupakan pasaran terbesar bagi tablet di Asia Tenggara dengan perolehan hasil jualan mencecah AS$374 juta (RM1.15 bilion) pada tahun 2011.

“Pasaran telefon pintar dan tablet di Malaysia sering menjadi tumpuan utama pemain global. Oleh sebab itu, kami bangga untuk mengumumkan kerjasama dengan ALCATEL dan sedia menawan pasaran di sini. ALCATEL dan Ten Ten Telecommunications kini sedia untuk bersaing menerusi pengenalan teknologi terbaru dan fungsi sempurna peranti mudah alih Alcatel One Touch di Malaysia” jelas Alan Bong.

Pada sesi taklimat media yang sama, Alan Bong berkongsi model telefon pintar ALCATEL yang boleh didapati di pasaran. Ini termasuklah ALCATEL One Touch Explore 997D, ALCATEL One Touch Insight 993D, ALCATEL Touch Tab T10 dan model prototaip siri ALCATEL One Touch yang bakal dilancarkan di Malaysia tahun ini.

[hr top] 

Informasi Produk

ALCATEL ONE TOUCH INSIGHT 993D

  • GSM Quadband (1900/850/1800/900) UMTS 900/2100
  • 1GHz processor »      512MB RAM 
  • OS: Android 4.0 Ice Cream Sandwich 
  • Saiz (diagonal): 4.0”
  • Paparan: WVGA 480X800 pixels 
  • Kapasiti bateri: 1500mAH
  • Kamera: 5.0 megapixel
  • Bluetooth 3.0 A2DP 
  • Audio: MP3, AAC, midi, wav, AMR 
  • Video: MPEG4, H.263, H.264 
  • WIFI/AGPS 
  • Micro SD, FM 
  • Berat: 150g
  • Harga cadangan: RM 599  
[hr] 
ALCATEL ONE TOUCH EXPLORE 997D

  • GSM Quadband (1900/850/1800/900) UMTS 900/2100 
  • Dual-core 1GHz 
  • 1GB RAM 
  • OS: Android 4.0 ICS 
  • Saiz: 4.3” (diagonal) 
  • Paparan: WVGA 800×480 pixels 
  • Kapasiti bateri: Li-ion 1800mAh 
  • Kamera: 8.0 megapixel 
  • Bluetooth™ 2.1, 3.0 A2DP 
  • Audio: SRS (Sound Retrieval System) 
  • WIFI/AGPS 
  • Liquid repellent nano-coating – protect the phone from the effects of water and other liquids 
  • Micro SD 
  • Dual SIM standby 
  • Berat: 143g 
  • Harga cadangan: RM799  
[hr]
ALCATEL ONE TOUCH TAB T10
  • Rockchip RK2918 
  • 1 GHZ Arm Cortex A8 
  • 1 GB RAM 
  • OS: Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich 
  • Saiz : 192 X 118 X 11.3 MM 
  • Paparan: 7”, 800 X 480, WVGA, TFT DISPLAY 
  • Kapasiti bateri: 3.7V, 3000mAh 
  • Kamera: 0.3 megapixel (front) 
  • Audio : Built-in audio chip 
  • Video:1090P HD playback 
  • WIFI 
  • Berat: 340g 
  • Harga cadangan: RM499  
[hr]
Gallery
[hr_invisible]
[hr]

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button