Modifikasi

Nisei Week La. Inilah Budaya!

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis perkata ini. Di sebuah daerah kecil di Los Angeles (LA), Amerikat Syarikat (AS) ada tempat yang dinamakan sebagai Little Tokyo. 

Nisei week adalah perayaan yang disambut secara turun temurun di sana oleh masyarakat Jepun-Amerika dengan pelbagai aktiviti budaya. Maksud ‘Nisei’ ialah generasi kedua, merujuk kepada generasi kedua Jepun yang lahir di AS. ‘Isei’ ialah generasi pertama yang telah menyambut perayaan sama sejak tahun 1934 lagi. Jangan salah sangka pula, maksud saya perayaan budaya, bukannya kereta. 

Nisei Show Off pula adalah pameran kereta yang mengumpulkan kereta jalanan terbaik di sekitar LA. Pameran ini sebenarnya bermula secara tidak sengaja apabila festival utama Nissei Week berlangsung. 

Beberapa buah kelab kereta dari Selatan California yang terdiri daripada anak-anak generasi kedua Jepun berkumpul sambil lepak-lepak. Kemudian Janet Fujimoto, Duane Tomono dan Joey Lee mula memikirkan idea untuk jadikan acara ini lebih teratur. Mereka pilih satu kawasan parkir yang luas pada tahun 2000 untuk merasmikan pameran Nisei Week ini dan sampai ke hari ni, acara tersebut diijalankan secara tetap tiap-tiap tahun. 

Pameran ini memang unik kerana masuk adalah percuma. Ia bukanlah pameran yang rasmi sangat pun. Macam Hellaflush meeting Osaka lebih kurang macam tu. Pameran yang pada awalnya terdiri daripada kelab dan orang persendirian lama kelamaan telah berkembang sehingga menarik syarikat besar, tuner dan bengkel menghantar kereta mereka untuk dipamerkan. 

Kalau anda semua nak tahu, ada macam-macam jenis perjumpaan di AS yang memang seronok. Honda Meeting, Toyota Fest, Eibach Meeting dan macam-macam lagilah. Bagus betul kalau di Malaysia ada acara macam ini. Sudah tentu saya bawa famili datang datang ke sini sahaja kasi anak-anak tengok kereta. Duit pun tak habis! 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, penganjur Nisei memaklumkan bahawa sambutan menggalakkan banyak diterima daripada kereta Honda. Jadi pada tahun ini mereka buat seksyen yang dipanggil  ‘Generation’. 

Di sini, ia dibahagikan pada ‘past’, ‘present’ dan ‘future’. Menarik juga idea ini kerana pengunjung boleh tengok barisan pengeluaran dan modifikasi yang berbeza pada generasi kereta Honda. 

Trend Nisei Showoff yang asalnya lebih tertumpu kepada perubahan sosial kereta Jepun kepada JDM telah mula berubah beberapa tahun kebelakangan ini. Istilah Hellaflush, USDM, Canibeat, Illest mula digunapaka. Trend begini juga sudah dapat dilihat dengan jelas dalam pameran. 

Mazda CX30

Apabila digabungkan dengan konsep ‘generation’ tadi maka boleh dilihat pengaruh yang sangat kuat. Enjin berkilat-kilat, wire tuck, turbo bersih-bersih semua dan mesin K20A tu nampak macam senang nak dapat ya? 

Nissei Showoff hari ini juga tidak tertakluk pada kereta Jepun saja. Muscle Amerika yang memberi pengaruh besar pada kereta old school Jepun turun dipamerkan. Kereta-kereta klasik begini memang wajib ada sebagai penyeri. 

Cuma say harap dapat tengok lebih banyak Datsun, Hakosuka, Fairlady dan mungkin pikap lama Jepun. Namun hakikatnya, ini AS. Susah nak cari kereta begitu. Kalau Evo banyaklah. Evo pergi SEMA sudah lah. Tak payah lepak sini. Di sini orang lebih menghargai nostalgia dan sejarah.

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

[hr]
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button