TOYOTA VOXY 2022 MASUK PASARAN INDONESIA. HARGA BERMULA RM163,000
Toyota Astra Motor (TAM) melancarkan model terbaharu Voxy di pasaran Indonesia.
Model yang diperkenalkan di pasaran Jepun pada bulan lalu, kini menggunakan platform TNGA (GA-C).
Voxy terbaharu itu menampilkan rekaan moden dan teknologi terkini ditawarkan pada harga bermula Rp 558,200,000 (RM163,000).
Ia didatangkan dengan empat warna pilihan putih (White Pearl), hitam (Glitter Black dan Sparkling Black Pearl) dan Metal Stream.
Dengan mengetengahkan konsep Energetic dan Bold, Voxy kelihatan lebih berkotak dilengkapi rekaan baharu pada bahagian gril dikelilingi bingkai krom serta bampar.
Selain itu, ia turut didatangkan lampu hadapan baharu, cermin sisi dengan ciri haba dan rim aloi 17 inci dibaluti tayar 205 / 55 R17 6J.
Untuk memudahkan mengakses tengah kabin dan bagasi, Voxy dilengkapi dua inovasi baharu pintu gelangsar automatik yang menggunakan isyarat kaki serta butang sisi untuk membuka bonet belakang.
Ia memiliki dimensi sepanjang 4,695 mm, lebar 1,730 mm, tinggi 1,895 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,850 mm.
Ruang kabin pula, Voxy mendapat sentuhan premium dengan paparan HUD TFT LCD MID 7 inci dan stereng dilengkapi teknologi Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 untuk memudahkan pemanduan.
TSS merangkumi empat ciri iaitu Pre-collision System (PCS), Lane Tracing Assist (LCA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Automatic High Beam (AHB).
Voxy terbaharu itu mendapat khidmat enjin 1.986 cc empat silinder 16 Valve DOHC yang dipadankan transmisi CVT.
Ia mampu menjana kuasa mencecah 170 PS @ 6.600 rpm dan tork 202 Nm.
Ciri-ciri menarik lain termasuk paparan infotainment 9 inci dipadankan Roof Rear Seat Entertaintment (RSE), pengecas tanpa wayar, enam port USB dan Air Purifier.
Dari segi keselamatan, ia turut hadir dengan Electric Parking Brake (EPB), Auto Brake Hold Button (ABH), Panoramic View Monitor dan SRS Airbag.
Pengarah Pemasaran TAM, Anton Jimmi Suwandy berkata, Voxy terbaharu itu merupakan jawapan kepada para pelanggan yang ingin mendapatkan MPV premium dengan rekaan menarik serta ruang dalaman lebih luas. – otosia/toyotaastra
- BACA: TOYOTA NOAH, VOXY DEBUT DI JEPUN. HARGA BERMULA RM97,364
- BACA: ALKISAH TOYOTA VOXY – INI BARU REAL BABY VELLFIRE
- BACA: VELLFIRE MAHAL? TOYOTA VOXY LEBIH MURAH DAN DIJUAL DI MALAYSIA
- BACA: HONDA STEPWGN 2022. HIBRID e:HEV, HONDA SENSING, PASARAN JEPUN SAHAJA