
ALLIANZ EV SHIELD TAWAR PERLINDUNGAN MENYELURUH KEPADA PEMILIK EV – PERLINDUNGAN PENGECAS MUDAH ALIH PERTAMA DALAM INDUSTRI
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah melangkah satu langkah lagi dalam industri insurans dengan pelancaran produk terbaru mereka – Perlindungan EV Allianz (Allianz EV Shield) untuk Kenderaan Elektrik (EV).
Ini merupakan perlindungan pertama dalam industri menyediakan penyelesaian kepada kebimbangan pemilik kereta EV yang sering kali menghadapi masalah kehabisan cas.
Dengan penubuhan Allianz EV Rangers, perkhidmatan pertama dalam industri yang beroperasi di Lembah Klang, pemilik kenderaan elektrik kini dapat menikmati perkhidmatan mengecas mudah alih, membolehkan mereka mengecas kenderaan mereka sehingga ke fasiliti mengecas terdekat.

Pelanggan yang melanggan Perlindungan EV Allianz akan mendapat manfaat perlindungan menyeluruh, merangkumi pelbagai aspek berkaitan mengecas EV.
Ini termasuk pampasan sehingga RM15,000 untuk kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian, dan bencana alam terhadap kotak dinding pengecas, serta RM2,000 untuk kerosakan akibat kebakaran, kecurian, dan bencana alam terhadap kabel pengecas mudah alih.
Dalam kejadian tidak diingini semasa menggunakan Pengecas EV awam, pelanggan akan dilindungi dengan perlindungan Ehsan sehingga RM5,000 untuk kos pembaikan atau perbelanjaan perubatan jika kenderaan rosak dan orang diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan.

Tambahan pula, perlindungan mencakup sehingga RM50,000 untuk kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kerosakan harta disebabkan oleh penggunaan langsung pengecas dinding EV di rumah oleh orang yang diinsuranskan.
Perlindungan EV Allianz merupakan satu lagi inovasi terkini dalam industri insurans motor, menawarkan pakej penyelesaian insurans yang komprehensif serta bantuan tepi jalan.
Bagi maklumat lanjut mengenai Perlindungan EV Allianz, layari laman web rasmi Allianz di https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/car-and-motorcycle/ev-shield.html
Untuk maklumat lanjut tentang Allianz Road Rangers, layari https://www.allianz.com.my/personal/whats-new/allianz-road- rangers
Dengan peluncuran Perlindungan EV Allianz, pemilik kenderaan elektrik kini dapat merasakan ketenangan fikiran ketika memandu kenderaan teknologi hijau mereka di jalan raya.
- BACA: VOLVO C40 RECHARGE PURE ELECTRIC 2024 TERIMA KEMASKINI – TAWAR JARAK GERAK 550KM, JANA 408HP, HARGA KEKAL RM288K
- BACA: SMART MALAYSIA RAI 100 HARI PELANCARAN SMART #1 DI PASARAN
- BACA: EON & SAHABAT AUTOFEST 2024 BERLANGSUNG 1 MAC – 3 MAC 2024, TAWAR PELBAGAI AKTIVITI, HADIAH BERNILAI RM100,000
- BCAA: PROTON TAMBAH ALIRAN PENDAPATAN MELALUI PELBAGAI OPERASI PERNIAGAAN



