Buletin

SMART MALAYSIA RAI 100 HARI PELANCARAN SMART #1 DI PASARAN

smart Malaysia hari ini menyambut pencapaian penting dalam sejarah jenama ini iaitu 100 hari pelancaran smart #1 di pasaran.

Sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian ini, smart Malaysia akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Dalam tempoh 100 hari pertama, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah acara yang bertujuan mendalami pemahaman dan pengalaman pemilik smart #1.

Acara ini meliputi butiran jaminan kereta, ciri-ciri produk, ekosistem pengecasan dan pengalaman sebenar pemilik, yang telah membina landasan kukuh bagi penglibatan masa depan dalam memperkuatkan komuniti smart.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan akses kepada kemudahan soalan lazim serta mendapatkan jawapan dengan cepat, mudah, dan cekap melalui platform Aplikasi Hello smart yang telah dikemas kini.

“Kami berterima kasih atas sokongan pelanggan kami. Kami akan terus mengekalkan fokus kami untuk mengutamakan keperluan pelanggan, memastikan setiap interaksi dengan jenama kami adalah positif dan tidak dapat dilupakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif di smart Malaysia, Zhang Qiang.

Tambahnya lagi, dengan pertumbuhan ketara dalam rangkaian pengedar dari 10 cawangan pada tahun 2023 kepada 13 cawangan pengedar smart, termasuk penubuhan pusat pertama di Malaysia Timur, smart Malaysia akan terus memperluas jangkauan.

Bukan itu sahaja, smart Malaysia berkomitmen untuk memperluas infrastruktur pengecasan dan menjalin kerjasama dalam menangani permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

Untuk rekod, 70 peratus data stesen pengecasan telah disepadukan ke dalam aplikasi Hello smart, pemilik EV boleh menjangkakan liputan yang lebih luas melalui kerjasama dengan pihak-pihak utama dalam ekosistem EV.

Aplikasi yang dikemaskini kini juga memudahkan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit, membolehkan pemilik membayar, mengecas kenderaan atau membeli data internet dalam kenderaan secara langsung melalui aplikasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai smart #1 dan inisiatif smart Malaysia, sila layari laman web https://smart.com/my/](https://smart.com/my/

Google ads
Back to top button