Buletin

VOLVO C40 RECHARGE PURE ELECTRIC 2024 TERIMA KEMASKINI – TAWAR JARAK GERAK 550KM, JANA 408HP, HARGA KEKAL RM288K

VOLVO Car Malaysia (VCM) baru-baru ini mengumumkan SUV berkuasa elektrik C40 2024 menerima beberapa peningkatan, antaranya menawarkan jarak gerak lebih jauh berbanding model C40 terdahulu.

Volvo C40 2024 kini tampil dengan lampu depan LED matriks, rim aloi 19-inci baharu yang bukan sahaja meningkatkan rupa keseluruhan tetapi juga membantu mengurangkan seretan melalui reka bentuk aerodinamik.

Perincian lain termasuklah didatangkan dalam lima warna iaitu Onyx Black, Crystal White, Fjord Blue dan Sage Green serta warna baharu Vapour Grey.

Selain itu, ia turut dilengkapi Perkhidmatan Digital percuma selama 5 tahun untuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store serta fungsi jauh aplikasi Volvo Cars.

Model ini dibekalkan pek bateri 82kWh berbanding 78kWh sebelum ini selain, kini menyokong pengecasan DC sehingga 200kW dengan daya pengecasan 0% – 80% hanya menelan masa 27 minit sahaja.

Melalui sepasang motor di hadapan, ia menghasilkan 159hp sementara di belakang, menghamburkan 249hp, sekaligus memberikan output gabungan lebih berkuasa iaitu 408hp.

Lebih menarik, SUV elektrik tersebut kini menawarkan jarak gerak 550km, iaitu meningkat 100km berbanding sebelum ini.

Meskipun terdapat penambahbaikan, harga C40 Recharge masih kekal sama, boleh dimiliki pada harga bermula RM288,888.

Tempahan untuk semua kereta elektrik sepenuhnya Volvo boleh dibuat terus dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/c40-electric.

Mulai sekarang hingga 31 Mac 2024, Volvo Car Malaysia akan menawarkan rebat segera sebanyak RM10,000 untuk tempahan dalam talian Volvo C40 Recharge Pure Electric.

GALERI:

Google ads
Back to top button