Buletin

EON & SAHABAT AUTOFEST 2024 BERLANGSUNG 1 MAC – 3 MAC 2024, TAWAR PELBAGAI AKTIVITI, HADIAH BERNILAI RM100,000

EON Berhad baru-baru ini mengumumkan acara tahunan terbesarnya, EON & Sahabat AutoFest 2024, akan diadakan dari Jumaat, 1 Mac 2024 hingga Ahad, 3 Mac 2024 di Ibu Pejabat EON di Glenmarie, Shah Alam.

Acara ini membawakan pelbagai model kereta dan motosikal terkemuka untuk disaksikan serta diuji oleh penggemar automotif dari seluruh Malaysia.

Acara ini akan menjadi medan pameran yang menakjubkan, dengan barisan kereta termasuk pelbagai model jenama popular seperti PROTON, Honda, Isuzu, Daihatsu, Audi, dan Volkswagen.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang untuk menguji pemanduan dan membuat tempahan kenderaan pilihan mereka selain, berpeluang untuk melihat Proton S70 baharu serta kenderaan elektrik smart #1, termasuk varian Brabus.

Selain itu, MODENAS dan KAWASAKI turut hadir dengan tawaran terbaharu bagi peminat motosikal.

EON juga menawarkan peluang menarik kepada pelanggan yang membuat tempahan dan memohon pembiayaan kereta baharu melalui platform digital baharu EON, memenangi hadiah menarik bernilai RM100,000 serta Hadiah Utama Proton S70 serba baharu.

Bagi pemilik kenderaan yang ingin menjadikan kenderaan mereka tampak lebih kemas dan terjaga rapi, perkhidmatan pakej car detailing juga akan ditawarkan.

Selain daripada pameran kenderaan, penampilan produk dan perkhidmatan daripada AVIS Car Rental, PUSPAKOM, Pos Malaysia, dan Petromin Express, sebuah pusat servis kereta pantas tersedia untuk pengunjung.

Sebagai tambahan kepada acara utama, Bazar Raya bakal memeriahkan EON & Sahabat AutoFest 2024, di mana pelbagai vendor berkaitan fesyen, hiasan, makanan dan penampilan selebriti serta zon khas untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web rasmi EON di https://eon.com.my/autofest/.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara tahunan terbesar ini.

Google ads
"
"
Back to top button