Buletin

ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS. BANTUAN TEPI JALAN PERCUMA UNTUK MOTOSIKAL BAWAH 250CC

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) kini menawarkan bantuan tepi jalan percuma untuk pemegang polisi bantuan motosikal komprehensif untuk jentera bawah 250cc.

Perkhidmatan bantuan tepi jalan yang disediakan oleh Allianz Road Rangers itu melibatkan bantuan kecemasan untuk penundaan (percuma hingga 50km, perjalanan pergi balik), penghantaran bahan bakar, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit.

Jadi, mana-mana pelanggan Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) atau Allianz Motorcycle (Komprehensif) di bawah 250cc boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Allianz Road Rangers di 1800-22-5542 untuk meminta juruteknik atau trak tunda dihantar ke lokasi mereka bagi mendapatkan bantuan, kerja pembaikan atau untuk perkhidmatan Tunda.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General), Sean Wang, mendedahkan bahawa motosikal merupakan pasaran yang serba kekurangan di Malaysia. Penunggang motosikal telah lama menunggu perkhidmatan yang lebih baik ketika berada di atas jalan raya, sesuatu yang syarikat insurans berhasrat untuk ambil peduli.

Penunggang motosikal sangat kurang mendapat perhatian di Malaysia dengan perkhidmatan selepas jualan yang terhad, seperti kemalangan atau bantuan di tepi jalan. Oleh itu, jika anda penunggang motosikal di Malaysia, harapan terbaik anda adalah sewaktu mengalami tayar pancit atau kerosakan, seorang rakan, penunggang motosikal yang lain atau seseorang yang baik hati akan muncul untuk membantu anda.

Sebilangan syarikat pengendali mengelak dari memilih jenis perkhidmatan ini kerana ia tidak menguntungkan berbanding menunda kereta. Tetapi Allianz General memilih untuk melaksanakannya. 

Selain itu, Allianz Motorcycle Plus kini menawarkan perlindungan yang lebih baik dengan Perlindungan Kemalangan sebanyak RM10,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal dan Pendapatan Hospital hingga RM6,000 (RM100, hingga 60 Hari) untuk polisi Komprehensif dan polisi Pihak Ketiga tanpa caj tambahan.

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) juga merangkumi perlindungan untuk kerugian atau kerosakan pada motosikal  akibat kemalangan, kebakaran, kecurian serta kematian pihak ketiga. Di samping kecederaan badan dan kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, serta Perlindungan Keselamatan Keseluruhan Peril yang meliputi banjir, tanah runtuh atau bencana alam.

Manakala Allianz Motorcycle Plus (Pihak Ketiga Sahaja) pula menawarkan kematian pihak ketiga dan kecederaan badan; dan kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga.

Jika anda memiliki motosikal dan ingin mendapatkan insurans, maka Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) adalah yang tepat. Ini kerana ia menawarkan perlindungan khas, perlindungan kemalangan yang ditambah baik, pendapatan hospital, serta perkhidmatan kemalangan di tepi jalan Road Ranger. 

Allianz Motorcycle Plus boleh dibeli melalui perantara Allianz General, di kaunter POS Malaysia di seluruh negara, atau kunjungi allianz.com.my/motorcycle-plus

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Allianz Road Rangers, layari allianz.com.my/road-ranger 

Google ads
Back to top button