
JABATAN POLIS KANSAS DISAMAN PEGAWAINYA SENDIRI KERANA KELUARKAN ARAHAN BERBAUR PERKAUMAN
Isu perkauman ni sudah lama wujud dan walaupun ia didakwa tidak berlaku lagi di zaman moden tapi percayalah manusia yang berfikiran sempit ni wujud di mana-mana. Hatta di Amerika Syarikat sekali pun yang kononnya mengamalkan terkenal dengan dasar kebebasan.

Terbaru seorang pegawai polis, Edward Williams yang sudah berkhidmat dengan polis Kansas City selama 21 tahun telah memfailkan dakwaan terhadap jabatannya kerana mengeluarkan arahan supaya mensasarkan golongan minoriti kulit hitam untuk cukupkan kuota saman.
Saman yang difailkan 20 Mac lalu di Jackson County antara lain menyebut tentang arahan supaya pegawai polis dipaksa mengeluarkan sebanyak mungkin saman sejak 2015. Walaupun kuota saman diharamkan di Missouri sejak 2016, pegawai-pegawai polis masih dinilai berdasarkan saman dan sabitan yang mereka keluarkan. Naya Mr Kareem.

Dakwaan ini dinafikan oleh Stacey Graves, ketua polis Kansas City sekarang tapi menurut Williams arahan tersebut datang secara terus dari bekas ketua polis sebelumnya, Rick Smith.
Menurut dakwaan itu lagi, pegawai dinilai berdasarkan saman yang dikeluarkan dan untuk mencapai kuota tersebut mereka diarahkan supaya memberi lebih tumpuan di kawasan minoriti.
Williams mendakwa arahan pihak atasan itu ialah kerana kepercayaan bahawa adalah lebih mudah untuk mengenakan pelbagai dakwaan dan saman dalam satu masa kepada golongan minoriti.
Bekas kapten KCPD juga menyatakan mereka sepatutnya memberikan perhatian kepada kawasan kejiranan warga kulit putih kerana golongan inilah yang menyumbang kepada gaji pihak polis dan bukan sebaliknya. Fuh rasis betul arahan ini kalau benar. Sudah tentu perkara ini menyalahi Civic Rights Act Amerika Syarikat.
Dakwaan ini bukan perkara baharu kerana Kansas City Star pernah melaporkan dalam tahun 2017 bagaimana penduduk berkulit hitam menerima 60 peratus saman trafik walaupun populasi mereka cuma mencecah 30 peratus. Penduduk majoriti yang rata-ratanya berkulit putih cuma menerima sekitar 37 peratus jumlah saman trafik.
Menurut sejarah, warga Afrika Amerika memang sering ditindas sejak dahulu kala oleh pemerintah berkulit putih. Mereka dilarang memainkan muzik dengan kuat, tidak dibenarkan menggunakan cermin gelap (eh macam pernah dengar pulak), tak boleh modi rim dan macam-macam lagi.
Williams telah dikenakan tindakan gantung perkhidmatan kerana melaporkan perkara tersebut. Korang mesti ingat Williams seorang pegawai berkulit hitam kan? Sebenarnya Williams ni warga kulit putih. Ya tuan-tuan, bukan semua orang kulit mengamalkan dasar Apartheid ni. Rasa pernah dengan kisah macam ni ke? Mesti korang pernah tengok cerita S.W.A.T. ni.