Buletin

ALPINE A390 BETA – MODEL KONSEP FASTBACK ELEKTRIK SEPENUHNYA

Pengeluar kereta sport terkemuka dari Perancis, Alpine telah memperkenalkan model konsep fastback 100% elektrik, A390_β yang juga merupakan pertama mereka bagi segmen tersebut.

Alpine, pengeluar kereta sport yang dimiliki oleh Renault, merancang untuk memasuki Amerika Syarikat pada 2027 dengan barisan kenderaan elektrik. Kereta konsep A390_β yang didedahkan ini pastinya akan menjadi model penting jenama itu ke pasaran Amerika Syarikat apabila ia mula melancarkan barisan pemasangan dalam beberapa tahun mendatang.

Model konsep ini yang menggunakan huruf β dalam bahasa Yunani (membawa maksud Beta – merujuk kepada peringkat pertengahan pembangunan) akan mula menggugurkannya daripada produksi massa kelak menampilkan imej yang cukup elegan bergaya, boleh dilihat sebagai sebuah model sedan fastback atau pun boleh dilihat sebagai model SUV dari sudut yang berlainan, hasil daripada garisan bumbung belakang yang sedikit meninggi.

A390_β menawarkan gambaran kereta jalan raya masa depan yang direka untuk kegunaan harian dan mampu mengubah dirinya menjadi sebuah jentera perlumbaan seperti model A110 yang ikonik, untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty. Alpine mentakrifkannya sebagai kereta sukan sejati di bawah reka bentuk “berpakaian”, seperti kereta lumba dalam sut yang dibuat khusus.

Menurut Philippe Krief yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Alpine menjelaskan bahawa A390_β ini menampilkan rekaan yang berinspirasi daripada model A110 tetapi ianya hadir dengan kapasiti lima tempat duduk. Ianya menggabungkan semangat perlumbaan dan kehalusan pembinaan kereta yang merangkumi prestasi dan pengalaman pemanduan yang sporty.

Model konsep A390_β ini dilihat mempunyai aerodinamik yang cukup baik dengan terdapat rekaan seolah jambatan terbang pada bahagian depan / atas kereta untuk membolehkan aliran udara yang lebih baik ketika kereta ini memecut laju di jalanan. Terdapat juga aliran udara di bahagian sisi untuk membolehkan udara melepasi kereta ini tanpa masalah sekali gus memberikan aerodinamik yang lebih baik.

Menurut Alpine 85% daripada rekaan luaran model A390_β akan dikekalkan untuk produksi massa kelak. Tidak pasti baki 15% bahagian yang akan akan dibuang. Mungkin rekaan bumbung lutsinar itu akan digantikan dengan bumbung panorama yang sedikit kecil dan juga pastinya rekaan tempat duduk ala kerusi F1 itu akan digantikan dengan kerusi yang lebih selesa tetapi masih lagi sporty.

Model ini kelak akan menggunakan tiga motor elektrik yang dibangunkan oleh Alpine sendiri, satu di hadapan bakinya di belakang yang akan turut menampilkan sistem pacuan pacuan semua roda. Pemacu gandar akan diuruskan oleh sistem pengurusan tork pintar yang dibangunkan sepenuhnya dan disempurnakan oleh jurutera Alpine: Active Torque Vectoring.

Ianya akan mula memasuki produksi pada tahun hadapan di kilang pembuatan Alpine Dieppe Jean Rédélé yang akan dibina berdasarkan platform AmpR Medium. Kiranya tak lama lagi dah tu. Peminat Alpine dah boleh bersedia untuk menempahnya kelak.

BACA : ALPINE A290 GTS – INILAH BAKAL HOTHACH IDAMAN LELAKI MASA KINI

BACA : ALPINE A110 R LE MANS EDISI TERHAD YANG LAJU DAN BERGAYA

Google ads

B K

Back to top button