ANAK LELAKI MATI DALAM KEMALANGAN, KELUARGA HERET TESLA MASUK MAHKAMAH
Selepas kehilangan seorang anak lelaki dalam kemalangan maut, satu keluarga di California telah mengheret Tesla ke mahkamah bagi tuntutan saman sivil. Semasa kemalangan tersebut berlaku,Tesla Model S yang dipandu telah ditetapkan dalam mode Autopilot.
Dalam tuntutan yang dibuat, keluarga mendiang Genesis Giovanni Mendoza Martinez dilaporkan telah membeli Tesla Model S selepas yakin dengan iklan pemasaran yang mengatakan kereta elektrik ini adalah kereta pandu sendiri sepenuhnya
Dalam asas salaman mereka, Tesla dan CEO Elon Musk telah meyakinkan pengguna bahawa ciri pandu sendiri Tesla dan keupyaan teknikal Tesla Model S ini telah sempurna dan selamat untuk dipandu di atas jalan raya
Walaubagaimanapun, Tesla telah cuba menepis dakwaan ini atas alasan “rekaan ciri pandu uji Tesla Model S telah diukur dan dikaji dalam ujian yang selaras dengan undang-undang jalanraya California” dan kemalangan yang dialami oleh Mendoza Martinez adalah sebahagiannya disebabkan kecuaian pemandu
Tesla juga menegaskan bahawa tiada sistem amaran tambahan yang boleh mengelakkan kemalangan daripada berlaku bagi menghalang kemalangan maut yang telah terjadi
Peguam yang mewakili keluarga mangsa Brett Schreiber menegaskan yang kematian Mendoza adalah bukti yang Tesla telah menggunakan jalan raya awam sebagai platfrom untuk kajian dan pembangunan kereta pandu sendiri milik mereka. Kematian Mendoza sepatutnya boleh dielakkan sekirana ujian tersebut tidak dijalankan
Malah lebih memburukkan keadaan ialah kebanyakan model awal Tesla Model S masih lagi dipandu di atas jalan raya dengan masalah autopilot yang sama. Dalam kejadian yang berlaku pada 18 februari 2023, abang kepada Mendoza turut mengalami cedera parah
Brett Schreiber menegaskan ciri Autopilot telah dipasarkan secara terburu-buru, dipasarkan di Twitter, laman rasmi Tesla dan di media massa sehingga mendorong Mendoz membeli Tesla Model S, dan meyakini bahawa sistem ini lebih baik daripada biasa
Malah Brett Schreiber mendakwa pekerja Tesla telah dilatih supaya tidak melaporkan sebarang komplen daripada pengguna jalan raya berkenaan dengan sistem Autopilot, sebaliknya dilatih supaya meyakinkan bahawa sistem Autopilot beroperasi mengikut parameter yang telah ditetapkan
Tesla juga dilaporkan memaksa pelanggan mereka untuk menandatangani NDA (nondisclosure agreements) setiap kali sebelum pembaikan dibawah jaminan Tesla dibuat