Buletin

TOYOTA ALPHARD JADI-JADIAN, SKORPIUS AS100 BAKAL DEBUT DI INDONESIA

Kereta elektrik bersaiz kecil rupa-rupanya menarik perhatian dan mendapat tempat di Indonesia. Justeru, Hascar Automotive Group, jenama dari China dilapor bakal memperkenalkan kereta elektrik bersaiz mini yang digelar Skorpius AS100 dan mirip seperti Toyota Alphard. Bahkan, media Indonesia menggelarnya sebagai ‘Baby Alphard’.

Seperti yang boleh dilihat, gril krom hadapan bersaiz besar dan lampu utama jentera itu jelas meniru rekaan Alphard. Cuma, rim multi-jejari berwarna perak yang digunakan itu bersaiz jauh lebih kecil dan nampak murah berbanding MPV popular berkenaan.

Sehingga kini, masih belum ada maklumat terperinci mengenai spesifikasi Skorpius AS100 daripada Hascar Automotive kerana ia masih dalam peringkat prototaip.

Menurut media tempatan, Skorpius AS100 masih dalam proses menangani isu kawal selia dan rekaan MPV itu tidak akan menjadi seperti Alphard apabila dilancarkan secara rasmi kelak.

Google ads
Back to top button