
ANDA PERLU MEMBAYAR RM 595,000 UNTUK MELETAKKAN KAPAL LAYAR DI MONACO, SEMASA PERLUMBAAN F1
Sekiranya anda seorang yang amat kaya raya dan tidak tahu ke mana wang anda perlu dihabiskan, mungkin tempat yang amat sesuai ialah Monaco. Ini kerana Monaco memiliki gabungan untuk anda habiskan duit dengan cepat di sini dengan deretan kasino, apartment mewah menghadap laut dan juga pelabuhan untuk melabuhkan kapal layar
Kebanyakan orang kaya akan muncul ketika perlumbaan GP Monaco berlangsung. Menurut The Independent, kebanyakan orang super kaya ini akan menghadiri perlumbaan GP Monaco dengan menaiki kapal layar dan akan berlabuh dekat dengan litar perlumbaan
Namun tak semua daripada orang kaya ini memiliki kapal layar, ada yang hanya menyewa kapal layar untuk datang ke GP Monaco dengan penuh bergaya. Sebagai contoh seorang billionaire yang tidak mahu dikenali menghabiskan wang sekitar RM 11 juta bagi menyewa kapal layar yang pernah dimiliki oleh Paul Allen iaitu pengasas Microsoft
Tapi jika anda meletakkan kapal layar tersebut bersebelahan dengan litar GP Monaco selama seminggu, anda perlu membayar sekitar RM 595,000 atau 138,000 USD. Nilai ini membolehkan anda membeli Porsche 911 Carrera 4S di Amerika
Jika anda rasa angka ini sudah cukup mahal, anda tersilap sebenarnya kerana kos untuk meletakkan kapal layar di tepi litar GP Mpnaco adalah ditentukan oleh saiz kapal layar tersebut.
Semakin besar kapal layar anda, semakin mahal kos parkir yang perlu dibayar. Sebagai contoh terdapat sebuah kapal layar dengan panjang 126 meter perlu membayar kos sekitar RM 686,000 bagi tujuan berlabuh sebelah litar GP Monaco selama seminggu.