Buletin

BELI MAHAL, TRAK PIKAP OFFROAD HUMMER EV ROSAK PULA DI LALUAN OFF-ROAD

Antara perkara akhir yang anda harapkan daripada sebuah SUV/trak pikap off-road adalah ketahanan dan keupayaan jentera itu sendiri untuk menempuh laluan dan bentuk muka bumi yang sukar.

Namun, apa yang terjadi tidak seperti yang diharapkan, di mana sebuah GMC Hummer EV dilapor rosak semasa dipandu di laluan off-road terkenal di Moab.

Menurut saluran YouTube TFLoffroad, trak pikap elektrik tersebut mula memaparkan mesej amaran sewaktu ia sedang dipandu menurun curam yang licin, seperti fungsi “mod pedal tunggal tidak tersedia”, dan “sistem 4WD tidak tersedia. Sila buat temujanji servis”.

Itu merupakan mesej yang anda sendiri tidak mahu baca sewaktu memandu di atas lebuh raya, dan lebih-lebih lagi di atas laluan off-road.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila Hummer itu mati sepenuhnya dan tidak mahu bergerak, beserta paparan mesej “pecutan dihadkan, sila pandu dengan berhati-hati.”

Selain itu, sistem suspensi udara Hummer EV juga tidak berfungsi sepenuhnya, jadi ia menyebabkan sedikit kerosakan pada bahagian belakang disebabkan sistem itu tidak naik sepenuhnya semasa pemanduan di Moab.

Google ads
Back to top button