Artikel Pilihan

APA FUNGSI BUTANG HILL DESCENT CONTROL? BILA MASA NAK GUNA?

Jika anda perasan, kebanyakan kenderaan baru terutama pada Sport Utility Vehicle ataupun kenderaan 4×4 akan diberikan satu butang kecil dengan logo kenderaan menuruni bukit. Ciri i ini dikenali dengan nama Hill Descebt Control. Seperti yang yang anda sedia maklum, SUV dan 4×4 ini amat sesuai untuk pemandu yang memiliki gaya hidup yang aktif dan gemarkan aktiviti luar yang lasak.

Keadaan ini memaksa mereka untuk memandu di permukaan jalan yang tidak rata, mendaki dan menuruni bukit serta menggunakan jalan berbatu atau berlumpur. Satu ketika dulu, tak semua pemandu sukakan 4×4 yang dibina dengan menggunakan cesi ladder frame yang lebih keras kerana ia akan menghasilkan rasa pemanduan seperti lori

Maka kenderaan SUV/crossover yang lebih mesra pengguna, dibina dengan menggunakan cesi monocoque sama seperti kereta sedan dan menjadi popular bagi pemandu baru. Ia lebih selesa dan boleh meredah laluan sukar dengan bantuan sistem pacuan semua AWD yang berasaskan klac.

Namun SUV/crossover ini tidak diberikan transfer case yang boleh mengunci tayar ketika menuruni bukit yang curam di laluan tidak berturap. Mereka perlu bergantung sepenuhnya kepada sistem brek dan kemahiran pemandu sepenuhnya untuk menuruni bukit dengan permukaan jalan yang tidak berturap dan licin.

Kena brek dengan perlahan-lahan jangan sampai tayar terkunci dan pada masa yang sama kena biarkan SUV/crossover ini bergerak perlahan-lahan dengan kelajuan sama seperti berjalan kaki. Cakap senang la, cuba buat sendiri baru tau. Menyedari masalah ini, peneraju pengeluar 4×4 dan SUV iaitu Land Rover menghasilkan sistem Hill Descent Control.

Sistem ini akan menggunakan sistem brek anti terkunci ABS (Anti lock Braking System) yang akan membrek secara automatik dengan hanya menekan butang HDC. Butang ini biasa dipasang di tepi tombol gear bagi memudahkan pemandu mengakses ketika memandu di laluan mencabar. Hanya tekan saja butang dan proses brek ketika menuruni bukit akan dikawal secara automatik

Ketika sistem diaktifkan, brek ABS akan mengawal pusingan setiap tayar dan akan mengenakan brek secara automatik jika kenderaan melebihi kelajuan yang ditetapkan sebagai contoh jika melebihi 20km/jam. Pemandu boleh mengambil alih kelajuan dengan menekan pedal brek atau minyak pada bila-bila masa sahaja

Apabila sistem ini diaktifkan, pemandu hanya perlu fokus pada kawalan stering sahaja dan proses membrek ketika menuruni bukit curam akan dikawal sepenuhnya oleh ciri HDC pada kelajuan yang selamat. Tapi ingat sistem ini hanya direka bagi pemanduan offroad pada halaju yang rendah sahaja.

Ketika sistem ini diperkenalkan buat pertama kali tahun 2002 untuk model Land Rover Freelander, ramai juga pemandu yang komen bahawa sistem ini disetkan pada halaju yang agak tinggi. Tapi ciri sistem ini telah diperhalusi lagi malah ia turut digunakan pada kenderaan 4×4 sebagai ciri pilihan bagi membantu pemandu membrek ketika menuruni bukit

Jika anda menggunakan fungsi ini pada halaju 90km/j ketikan turun dari Genting Highland, kalau sistem brek rosak pandai-pandai la tanggung ya. Ini kerana kami mendapati ada pemandu yang menguji sistem ini ketika pada halaju yang tinggi. Buka buku manual dan baca dulu sebelum menggunakan ciri ini atau mana-mana ciri yang anda tidak pasti.

Google ads
Back to top button