MEKANIK MAUT DIHEMPAP KETIKA BAIKI PROTON EXORA
Seorang mekanik meninggal dunia akibat dihempap oleh sebuah Proton Exora di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam tadi. Mangsa yang berusia 31 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 malam.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Hemrizal Che Morad kemudian bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
“Ketika tiba di lokasi, didapati, mangsa dipercayai dihempap kereta semasa sedang melakukan kerja pembaikan. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan berkenaan,” kata Hemrizal.
Jurucakap berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum kes diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan operasi tamat pada 1.05 pagi. – Harian Metro
- BACA: MAUT TOYOTA AYGO DIHEMPAP POKOK, KETIKA TUNGGU RAKAN ZIARAH KUBUR
- BACA: BINTANG TIKTOK MAUT, NISSAN ROGUE DIHEMPAP DAHAN POKOK PINE
- BACA: TRAGEDI SUKE. 2 MAUT TERJATUH, SEORANG PARAH PERODUA BEZZA DIHEMPAP BESI KREN LAUNCHER
- BACA: HALANG TRAFIK SEMATA-MATA NAK RAKAM TIK-TOK. MERCEDES E-CLASS CABRIO KENA RAMPAS