Buletin

HONDA ADV350 MUNCUL DI VIETNAM, BAKAL DIBAWA MASUK PENGEDAR PERSENDIRIAN

Baru-baru ini muncul beberapa gambar skuter advencer, Honda ADV 350 dimuat naik di rangkaian sosial di Vietnam dan akan dibawa masuk oleh pengedar persendirian bukannya melalui pengedar rasmi.

Menurut pejabat Harta Intelek Kebangsaan Vietnam, Honda ADV 350 telah didaftarkan untuk hak cipta pada 14 Februari dan diluluskan pada 25 Julai lalu. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai sama ada model ini akan dijual menerusi pengedar rasmi untuk pasar Vietnam masih belum diumumkan.

  • ADV 350 di Vietnam ini dalam warna hitam dengan rekabentuk bersegi.
  • Lampu LED diilhamkan daripada model X-ADV 750.
  • Pelana jenis bertingkat dengan permukaan lebar yang selesa untuk semua penunggang berketinggian bawah 175sm.
  • Tinggi pelana 795mm, kapasiti tangki minyak 11.7 liter (lebih daripada Honda SH350i, 9.3 liter)
  • Jarak lega bumi 155mm.
  • Sebagai skuter pelbagai guna, model ini menggunakan rim tempa saiz 15 inci di depan dan 14 inci di belakang, agak kecil berbanding sosok badan yang besar. Saiz rim ini turut digunakan Honda Forza 350.
  • Trenkuasa dijana enjin silinder tunggal eSP+ 330cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 28.8hp dan tork 31.5Nm.
  • Sistem suspensi menggunakan unit Showa, iaitu fork terbalik (USD) 37mm di depan dan dwi-absorber dengan subtangki di belakang.
  • Sistem brek jenis cakera di depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Skuter ini turut dilengkapkan sistem kawalan stabiliti, dipanggil Kawalan Tork Pilihan Honda (HSTC).

Honda ADV 350 2022 telah diperkenalkan di Malaysia dengan tanda harga RM22821.32 (5,133 USD) dan harga untuk pasaran Thailand pula adalah 179582.39 Thailand Baht (5,083 USD).

Galeri:

Google ads
Back to top button