
APA PERUBAHAN YANG DIBUAT PADA BUGGATI CHIRON SUPER SPORT 300+, CAPAI 482KM/JAM
Bugatti memiliki sebuah hypercar yang diumumkan pada penghujung tahun 2019 dengan keupayaan memecahkan halaju 300 batu per jam ataupun 482km/jam. Hypercar yang dinamakan sebagai Chiron Super Sport 300+ memiliki beberapa perubahan dari segi kejuruteraan bagi membolehkannya mencapai halaju tersebut.
1. Lebih aerodinamik – bukaan ruang kemasukan udara telah ditambah sebanyak 8% bagi membenarkan lebih banyak angin memasuki radiator depan dan mewujudkan selimut angin atau air curtain bagi membolehkan amgin mengalir ke bahagian sisi dengan lebih baik
2. Long Tail – rekaan bahagian belakang dihasilkan dengan 24.9cm lebih panjang di bahagian ekor belakang kerata bagi membantu mewujudkan kestabilan aerodinamik pada kelajuan tinggi. Keadaan ini membenarkan Bugatti membesarkan saiz diffuser belakang sebanyak 32% lebih besar
3. Rear wing – yang boleh dikeluarkan dalam mode pengendalian dengan 8% lebih banyak permukaan berbanding rear wing yang biasa digunakan oleh Chiron. Pada kelajuan tinggi, rear wing ini akan masuk ke dalam kereta bagi mengurangkan seretan.
4. Lebih berkuasa – enjin 8000cc turbo 4 unit atau quad turbo dengan susunan W16 iaitu 16 silinder sekarang menjana 1577 kuasa kuda, hampir 100 kusa kuda lebih banyak. Kuasa enjin berada di kemuncak pada 7100 RPM, 300 RPM lebih tinggi berbanding versi standard.

5. Enjin lebih kuat – piston dihasilkan secaraa tempaan bagi menahan lebih banyak kuasa, pam minyak tekanan tinggi digunakan, turbo yang lebih lancar dipasang dan ketika pada kuasa kemuncak, 4.8 tan udara disedut oleh enjin ini dalam masa sejam.
6. Ratio gear diubah – unit transmisi klac berkembar 7 kelajuan yang digunakan telah ditala semula bagi membolehkan halaju tinggi dicapai dengan mudah. Pecutan 0-200km/jam dibuat dalam masa 5.8 saat sahaja manakala pecutan 0-300km/jam boleh dilakukan dalam masa 12.1 saat
7. Suspensi depan telah ditala semula dengan kekerasan spring ditambah semula bagi tujuan kestabilan. Michelin pula diberi tanggungjawab bagi menghasilkan tayar yang khusu daripada model Michelin Pilot Sport Cup 2 Performance dengan roda aloi aluminium
Pada 2 Ogos 2019 pemandu ujian Bugatti dan juga pemenang Le Mans iaitu Andy Wallace mencapai halaju tertinggi iaitu 490.484km/jam (304.773 mph) di litar Ehra-Lessien di Lower Saxony di German